Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Abstract
Pentaksiran Bilik Darjah adalah salah satu cara yang digunakan untuk mentaksir kemahiran dan kefahaman murid. Pelaksanaan PBD dapat memperolehi maklumat tentang perkembangan dan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran kepada guru. Faktor yang penting dalam menjayakan pelaksanaan PBD adalah tahap pengetahuan, kemahiran dan kesediaan guru. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PBD. Seramai 83 orang guru yang berasal dari 5 buah sekolah rendah kategori A Program Transformasi Sekolah 2025(TS25) di daerah Kuala Lipis, Pahang menjadi responden dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan sebagai instrumen kajian dan analisis secara deskriptif digunakan. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan skor min bagi tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan PBD dalam kajian ini adalah tinggi dengan min 4.17, skor min bagi tahap kemahiran guru terhadap pelaksanaan PBD pula adalah sederhana tinggi dengan min 3.98 dan skor min bagi tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan PBD juga adalah sederhana tinggi dengan min 3.95.
Downloads
References
Abdul Rahman, K., Mohid, S. Z., & Ramli, R. (2018). Kesediaan Guru Menggunakan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah Agama di Selangor [Kertas Pembentangan]. IC-ITS 2018: 4th International Conference on Information Technology & Society, Selangor Malaysia (ms. 1-9). e-ISBN:978-967-2122-64-7
Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran Dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152–161.
Creswell, J. W., & Clark, V. L. P. (2017). Designing and conducting mixed methods research. Sage publications.
Gurganious, N. J. (2017). The relationship between teacher autonomy and middle school students' achievement in science. [Doctoral dissertation], Walden University.
Huang, B., & Hew, K. F. (2016). Measuring Learners’ Motivation Level in Massive Open Online Courses. International Journal of Information and Education Technology, 6(10), 759-764.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Masfarizan Maslan & Mohammed Yusoff Mohd Nor. (2020). Kebolehlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Secara Atas Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Prosiding Seminar Nasional FIP 2020, 213-218.
Mengistie, S. M. (2020). Primary school teachers’ knowledge, attitude and practice of differentiated instruction: The case of in- service teacher-trainees of Debre Markos College of teacher education, West Gojjam Zone, Amhara Region, Ethiopia. International Journal of Curriculum and Instruction, 12(1), 98–114.
Sh Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap Dan Masalah Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu –JPBM , 9(Mei), 56–67.
Yeh, L. H. & Mohd Zahuri Khairani. (2018). Pelaksanaan PBD Guru-Guru PSV Hilir Perak dan Bagan Datuk dalam Pengajaran dan Pelajaran Berasaskan Estetik. KUPAS SENI Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 6, 1-10.
Yıldızlı, H. (2020). Classroom Assessment Practices and Student Goal Orientations in Mathematics Classes.. Journal of Qualitative Research in Education, 8(1), 294- 323.
Yuh, T. J. & Husaina, B. K. (2020). Pentaksiran Bilik Darjah dan Prestasi Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3), 70-90.
Zahari Suppian, Nor Hasnida Che Md Ghazali, Nor Junainah Mohd Isa & Govindasamy, P. (2020). Penilaian Kendiri Guru Pelatih Terhadap Tahap Kemahiran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 98-106.