Perspektif Golongan Muda terhadap Kesan Psikologi dan Fizikal Mangsa Buli Siber
Abstract
Dalam dunia yang berkonsepkan teknologi siber, pengguna internet turut terdedah dengan risiko menjadi mangsa buli dalam alam siber. Buli siber merupakan satu perkara yang serius memandangkan kesan yang boleh dialami oleh mangsa dan ia boleh melangkaui aspek latar belakang seseorang seperti umur dan jantina. Memandangkan buli siber boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, maka adalah penting untuk meneroka kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli. Maka kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan golongan muda terhadap kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan perbincangan kumpulan berfokus untuk mendapatkan data. Seramai tujuh informan terlibat dalam kajian ini yang merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi di Selangor. Hasil kajian telah dianalisis secara bertema. Dapatan daripada temu bual mendapati bahawa terdapat dua domain utama kesan negatif yang dialami oleh mangs buli; kesan secara fizikal dan psikologi. Bagi domain kesan negatif psikologi, ia merangkumi kesan emosi negatif seperti kemurungan, sedih mahu pun bimbang yang membawa kepada isu kesihatan mental. Selain itu, aspek personaliti dan estim-diri turut dikaitkan dengan emosi negatif yang dialami oleh mangsa buli siber. Manakala domain kesan negatif fizikal melibatkan aspek yang menjejaskan kesihatan diri seperti pengunduran daripada aktiviti sosial dan berat badan berkurangan. Dapatan daripada kajian ini boleh diimplikasikan dalam konteks kempen kesedaran buli siber di peringkat sekolah rendah dan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat berkaitan buli siber. Kajian akan datang dicadangkan untuk meneroka aspek kesan negatif yang dialami oleh mangsa buli siber dalam skop kajian yang lebih meluas dengan mengambil kira perbezaan aspek sosiodemografi. Secara keseluruhan kajian ini berjaya meneroka secara holistik kesan buli siber.
Downloads
References
Agus, M., Mascia, M. L., Zanetti, M. A., Perrone, S., Rollo, D., & Penna, M. P. (2021). Who Are the Victims of Cyberbullying? Preliminary Data Towards Validation of. Contemporary Educational Technology, 13(3), ep310.
Albdour, M., Hong, J. S., Lewin, L., & Yarandi, H. (2019). The impact of cyberbullying on physical and psychological health of Arab American adolescents. Journal of immigrant and minority health, 21, 706-715.
Alhujailli, A., Karwowski, W., Wan, T. T., & Hancock, P. (2020). Affective and stress consequences of cyberbullying. Symmetry, 12(9), 1536.
Chakan, A., & Millenio, M. F. (2023). Protection of Cyberbullying Victims in Indonesia (An Overview of Law and Victimology). Semarang State University Undergraduate Law and Society Review, 3(1), 1-26.
Choi, K. S., Cho, S., & Lee, J. R. (2019). Impacts of online risky behaviors and cybersecurity management on cyberbullying and traditional bullying victimization among Korean youth: Application of cyber-routine activities theory with latent class analysis. Computers in Human Behavior, 100, 1-10.
Honneth, A. (2014) dalam MagalhAes, J. C., & Yu, J. (2022). Social media, social unfreedom. Communications, 47(4), 553-571.
Karsodikromo, Y., Husin, M. R., & Razali, A. R. (2022). Implikasi Buli Siber, Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan terhadap Pencapaian Akademik Murid. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(3), 129-139.
Kementerian Kesihatan Malaysia (2013). http://www.myhealth.gov.my/cyberbullying/. Diakses pada 23 Mei 2023.
Kofoed, J., & Staksrud, E. (2019). ‘We always torment different people, so by definition, we are no bullies’: The problem of definitions in cyberbullying research. New Media & Society, 21(4), 1006-1020.
Masangcay, D. B. (2020). Defense mechanism of students experiencing cyberbullying: A qualitative analysis on students’ internet interaction. Asia Pacific Journal of Multidisciplinary Research, 8(4), 151-160.
Pitchan, M. A., Omar, S. Z., & Ghazali, A. H. A. (2019). Amalan keselamatan siber pengguna internet terhadap buli siber, pornografi, e-mel phishing dan pembelian dalam talian. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3), 212-227.
So, W., & Kim, H. (2020). An Empirical Study on the Effect of the Social Norms on Assault Behavior through Cyber Bullying. Asia-pacific Journal of Convergent Research Interchange, 6(2), 149-158.
Stevens, F., Nurse, J. R., & Arief, B. (2021). Cyber stalking, cyber harassment, and adult mental health: A systematic review. Cyberpsychology, Behavior, and Social Networking, 24(6), 367-376.
Sheanoda, V., & Bussey, K. (2021). Victims of cyberbullying: an examination of social cognitive processes associated with cyberbullying victimization. Journal of school violence, 20(4), 567-580.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), (2019). https://children4change.unicef.my/3-in-10-young-people-in-malaysia-cyberbullied/. Diakses pada 23 Mei 2023.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), (2020) dalam https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/800032/buli-siber-dalam-kalangan-belia-malaysia-kedua-tertinggi-di-asia. Diakses pada 23 Mei 2023.
Wang, P., Hu, H., Mo, P. K., Ouyang, M., Geng, J., Zeng, P., & Mao, N. (2022). How is father phubbing associated with adolescents’ social networking sites addiction? Roles of narcissism, need to belong, and loneliness. The Journal of Psychology, 156(5), 331-348.
Xiao, X., & Zheng, X. (2022). The effect of parental phubbing on depression in Chinese junior high school students: The mediating roles of basic psychological needs satisfaction and self-esteem. Frontiers in Psychology, 1329.