Pemikiran dalam Novel Siber Kasih Darmia dari Aspek Teori Estetika Bersepadu

  • Noor Hazwany Haji Arifin Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Salmah Jan Noor Muhammad Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Keywords: laman web, novel siber, pemikiran, sastera siber, estetika bersepadu

Abstract

Alam siber adalah wadah yang mudah dan tidak memerlukan prosedur-prosedur yang sulit untuk menyiarkan sesebuah karya. Hal ini menyebabkan penulis-penulis muda menjadikan alternatif tersebut sebagai pilihan yang terbaik untuk berkarya secara aktif. Karya penghasilan penulis-penulis muda ini akan disiarkan di alam siber terutamanya di laman-laman web dan di blog-blog persendirian. Namun, perkara tersebut telah menyebabkan perselisihan pendapat dalam kalangan para sarjana mengenai estetika dan mutu yang amat dititikberatkan dalam sesebuah karya sastera. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis nilai estetika melalui pemikiran yang terdapat dalam novel siber Kasih Darmia karya Naniey TJ berdasarkan penerapan teori Estetika Bersepadu. Novel siber Kasih Darmia merupakan sastera siber sulung Naniey TJ yang ditulis sekitar November 2011 dalam laman blognya. Kajian novel ini menggunakan Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali bersandarkan kepada konsep keindahan yang tercerna di sebalik keindahan pemikiran dan perutusan agama yang kembali kepada Al-Quran sebagai teks asal yang memberi gambaran dan sifat keindahan hakiki yang mencerminkan keindahan manifestasi dalam teks kesusasteraan. Dalam menganalisis pemikiran novel siber Kasih Darmia, dapat dilihat keindahan dalaman yang menjawab persoalan estetika dan mutu yang terdapat dalam karya sastera di alam siber.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim Ali, Mana Sikana & Azhar Wahid. (2012). Prosiding: Seminar Teori dan Kritikan Sastera Malaysia. Tanjung Malim: Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Abdul Halim Ali. (2012). "Estetika Nadi Kesusasteraan". Dewan Sastera, Mac 2012.

Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (1986). Aliran dalam Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Awla Akbar Ilma. (2016). “Budaya Komunikasi Kontemporari dan Kemunculan Karya Sastera Postmodernism”. Prosiding Seminar Nasional UU ITE VS Budaya Komunikasi, Indonesia.

Azhar Hj. Wahid. (2011). Globalisasi Sastera Siber. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Sultan Idris.

Baharudin Ali Masrom, Zaini Ujang dan Fatini Yaacob. (1992). Fenomena Remaja. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd, Julai 1992.

Haron Din. (1997). Manusia dan Islam Jilid Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://cintadarmia.blogspot.com/2011/11/sinopsis-cinta-darmia.html diakses pada 23 April 2017 jam

http://jurnalteori.webs.com/ diakses pada 25 April 2017 jam 2.05 am.

http://komsas-spm.blogspot.com/2012/02/aspek-kajian-komsas.html diakses pada 24 April 2017 jam 10.19pm.

http://teorisastera.blogspot.com/ diakses pada 24 April 2017 jam 11.37pm.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0412&pub=UtusanMalaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz2Gq4s5EWm diakses pada 27 April 2017 jam 8.39pm.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0107&pub=utusanmalaysia&sec=sastera&pg=sa_01.htm#ixzz2GvbfjDPb diakses pada 27 April 2017 jam 11.45pm.

Irwan Abu Bakar & Hasimah Harun. (2008). Berkarya di Alam Siber. Kuala Lumpur: eSastera Enterprise.

Irwan Abu Bakar. (2004). “Masa Hadapan Sastera Anda dalam E-sastera”. Dewan Sastera, November 2004: 14-19.

Irwan Abu Bakar. (2004). “Sastera Siber Menenggelamkan Sastera Konvensional”. Dewan Sastera, November 2004: 10-13.

Irwan Abu Bakar. (2004). “T. Alias Taib dan Karya Siber”. Dewan Sastera, November 2004: 32-33.

Maizatul Akmal Sulong. (2002). “Puisi-puisi Penyair Pilihan Penerima Anugerah S.E.A Write Award: Satu Analisis Pemikiran”. Bacelor Sastera. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mohd Dahri Zakaria. (2004). “Sastera Siber Sebagai Wadah Alternatif”. Akhbar Mahasiswa, Februari 2004.

Muhammad Shohib(peny). (2007). Al-Quran Terjemah Tajwid. Bandung: PT Sygma Examedia Arkanleema.

Naniey TJ. (2012). Setitis Kasih Darmia. Selangor: SR Publication.

Noor Hazwany Haji Arifin & Salmah Jan Noor Muhammad. (2016). “Persepsi Masyarakat Terhadap Mutu Maklumat Sastera Siber". Jurnal Kesidang, 1, 1, 2016: 173-193.

Rashiqah Ilmi Abd Rahim. (2004). “Sastera Siber vs Sastera Konvensional”. Berita Harian, 18 November 2004: 24.

Shamsinor Yunus. (2002). Analisis Pemikiran dalam “Novel-novel Hadiah Melayu Baru”. Master Sastera. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sheikh Othman Sheikh Salim. (1993). Kamus Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sohaimi Abdul Aziz. (2010). “Sains dan Teknologi Transformasi kepada Kesusasteraan”. Dewan Sastera, Julai 2010:14-20.

Suzaini Hassan. (2012). “Estetika Bahasa dalam Puisi A. Samad Said”. Kertas Projek Master Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia, Januari 2012.
Published
2019-08-03
How to Cite
Haji Arifin, N. H. and Noor Muhammad, S. J. (2019) “Pemikiran dalam Novel Siber Kasih Darmia dari Aspek Teori Estetika Bersepadu”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(4), pp. 46 - 54. doi: 10.47405/mjssh.v4i4.229.
Section
Articles