Elemen Perbelanjaan dalam Perkahwinan Melayu: Tinjauan Hukum dari Perspektif Fiqh Kontemporari
Abstract
Terdapat beberapa jenis perbelanjaan dalam perkahwinan Melayu di Malaysia. Justeru, penulisan ini mengkaji elemen-elemen perbelanjaan tersebut. Antara elemen perbelanjaan tersebut ialah perbelanjaan bagi tujuan majlis perkahwinan iaitu hantaran kahwin dan kad kahwin. Sejarah menyaksikan masyarakat umumnya keliru tentang hantaran kahwin dan mas kahwin. Selain itu, ahli masyarakat juga gemar mengadakan majlis perkahwinan yang serba mewah sehingga menyebabkan mereka terbeban. Kajian ini turut membincangkan bagaimana hantaran kahwin yang rendah serta majlis perkahwinan yang sederhana mampu merealisasikan maqasid al- syariah iaitu memelihara harta. Kajian menggunakan satu metode utama iaitu kajian kepustakaan bagi mendapatkan sorotan sejarah hantaran kahwin dan nilainya dalam ‘urf Melayu di samping analisis elemen perbelanjaan yang dituntut dalam Islam. Hasil kajian mendapati bahawa Islam tidak melarang kewujudan elemen perbelanjaan perkahwinan tersebut tetapi ia perlulah dalam kadar yang sederhana dan tidak membebankan.
Downloads
References
Fatimah Abdullah, “Dari Halaman Rumah ke Dewan Merak Kayangan,” SARI Jurnal Alam dan Tamadun Melayu 27, no. 1 (June - December 2009): 97-107.
http://www.addeen.my/index.php/rohani/hukum/item/990-kad-kahwin-patuh-syariat
http://www.muftiselangor.gov.my/soal-jawab-personalisation/munakahat#faqnoanchor
https://says.com/my/seismik/share-agama-vs-adat-perkara-apa-yang-tak-perlu-sebenarnya-dalam-perkahwinan
Ibrahim bin Musa al-Syatibi. 2003. Al-Muwafaqat fi Usul al-Syariah. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Mohd Salleh Ahmad. 2010. Perkahwinan Dan Perceraian Dalam Islam. Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid Sdn. Bhd.
Qurratul Aien Fatah Yassin, “Pendekatan As-Sunnah dalam Menangani Fenomena Kahwin Lewat di Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia,” dalam Sunnah Nabi: Realiti dan dan Cabaran Semasa, ed. Fauzi Deraman, Ishak Suliaman, Faisal Ahmad Shah (Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011), 296.
Siti Rashidah Abd Razak, Siti Zaleha Ibrahim, Noraini Mohamad. Tasawwur Islam. 2017. Penyunting: Siti Zaleha Ibrahim. Selangor: Corner Resources.
Siti Zaleha Ibrahim & Noraini Mohamad. 2018. Elemen Perbelanjaan Yang Sederhana Sebagai Wasilah Merealisasikan Maqasid Al-Syariah Dalam Perkahwinan. 4th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2018. e-proceeding
Siti Zaleha Ibrahim. 2011. Taakhur Al-Zawaj Fi Malizia: Al-Musykilat Wa Hululuha Min Ru’yah Fiqhiyyah Mu’asorah. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Kulliyah of Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.\
Syh Noorul Madihah Syed Husin. 2017. Gelagat Perbelanjaan Perkahwinan Masyarakat Melayu Muslim Menurut Perspektif Syariah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaya.
Syh Noorul Madihah Syed Husin, Raihanah Azahari dan Asmak Ab. Rahman. 2014. “Konsep al-Taysir dalam Perbelanjaan Perkahwinan Islam”, Jurnal Syariah 22, no.3 (September - Disember 2014), 337.