Peranan dan Cabaran Bahasa Kebangsaan dalam Menyatupadukan Pelbagai Etnik di Sabah
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan dan cabaran bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai satu bahasa dalam menyatupadukan pelbagai etnik di negeri Sabah. Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasmi terdiri daripada gabungan negeri-negeri Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Selaras itu, Peruntukan-peruntukan khas mengenai bahasa kebangsaan di Sabah terkandung dalam Perkara 161 perlembagaan negara. Walaupun peruntukan perlembagaan tersebut menjelaskan bahawa Sabah diberikan jangka masa selama 10 tahun untuk menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tetapi kemudian pada 16 September 1973 bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa rasmi tunggal bagi negeri Sabah. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahasa kebangsaan dapat melaksanakan peranannya sebagai satu bahasa yang dapat menyatu padukan pelbagai etnik di Sabah. Namun, kepelbagaian etnik dengan kewujudan pelbagai bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat di Sabah menyebabkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sekaligus bahasa perpaduan menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, perbincangan dalam kertas kerja ini difokuskan terhadap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang di Sabah dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik di negeri tersebut. Kajian kertas kerja ini dibuat menggunakan pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib serta kajian perpustakaan untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik atau merangka dasar dan polisi lebih baik khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat terhadap pengukuhan perpaduan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.
Downloads
References
Asmah Haji Omar. 1993. Susur Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 2004. Muafakat Bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM Sebagai Pembina Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asraf Abdul Wahab, Awang Sariyan, Farid Onn dan Firdaus Abdullah,. 2007. “Penyatuan Bahasa Melayu Se-nusantara”, dalam Abdullah Hassan (penyusun), Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-IV (1952-2002), Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
Awang Sariyan. 1995. Ceritera Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. 1996. “Bahasa Melayu Di Malaysia: Suatu Tinjauan Tentang Perkembangan dan Masalahnya,” dalam Asraf, Manifesto Budaya, Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Berita Harian, 29 Mac 1970.
Fasold, R.W. 1987. The Sociolinguistics of Society: The Introduction to Sociolinguistics, Volume 1, London: Basil Balckwell.
Keranda 152: Bahasa Kita, Air Mata & Maruah Kita. 2002. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Malaysia. 1972. Perlembagaan Persekutuan (Terjemahan), Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur: Jabatan Cetak Kerajaan.
Mat Zin Mat Kib, “Kumpulan Etnik di Sabah: Sejarah dan Perkembangan” dalam Warisan Seni Etnik Sabah, (2005) Ismail Haji Ibrahim dan Jane Wong Kon Ling (editor), Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Modul Hubungan Etnik, Edisi Kedua, Shamsul Amri Baharuddin (ketua editor), Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012
Mohamed Noordin Sopiee. 2005. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945-1965, (2nd Edition), Kuala Lumpur: University Malaya Press.
Mohd Taib Osman, ``Sejarah Sepintas Lalu Perkembangan Bahasa Melayu/Indonesia,” dalam Di Sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia-Indonesia, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriah Mohammed. 1999. Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia. 2013. 1791-1965, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Ramlah Adam. 2009. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
R.S. Milne dan Diane K. Mauzy. 1992. Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2004. “Bahasa Melayu dan Pendidikan: Satu Paparan Awal”, dalam Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia, Mohd. Sarim Hj Mustajab dan Anantha Raman (editor), Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Sufean Hussin. 2002. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia:Teori dan Analisis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Hussien Alatas. 1981. ``Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan,” dalam Di Sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sufean Hussin. 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tun Mohamed Suffian bin Hashim. 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaini Oje @ Ozea. 2003. “Perkembangan Bahasa Melayu Di Sarawak,” dalam Hamzah Hamdani dan Assmah Haji Osman (Penyelenggara), Perkembangan Bahasa Melayu Di Sarawak, Jawatankuasa Penyelenggara Seminar Perkembangan Bahasa Melayu Di Sarawak (2002), Kuching: Pencetakan Nasional Malaysia Berhad.
Za’ba, “Bahasa Kebangsaan Malaya Sa-Lepas Merdeka,” April 1956, (SP 18/2C/8), Arkib Negara Malaysia.
Zulkifli Osman. 2004. “Peranan Bahasa Melayu Dalam Pembinaan Nasion Kebangsaan: Kes Negeri Sabah”, dalam Sabah Dalam Konteks Pembinaan Nasion Malaysia, Mohd. Sarim Hj Mustajab dan Anantha Raman (editor), Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.