Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Think-Pair-Share dalam Meningkatkan Pencapaian Murid Tahun 4 bagi Mata Pelajaran Sejarah

  • Shanmugapriya Rajakumar Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Anuar Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Think Pair Share, Pencapaian murid, Minat, Kaedah pembelajaran, Sejarah

Abstract

Kajian ini menerangkan keberkesanan kaedah pembelajaran think–pair–share dalam meningkatkan pencapaian murid tahun 4 bagi subjek sejarah. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem pendidikan yang efektif dan berkesan. Oleh itu, pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif dapat meningkatkan minat dalam mempelajari sejarah. Tujuan kajian ini untuk mengetahui keberkesanan kaedah pembelajaran think-pair-share dalam meningkatkan pencapaian murid tahun 4 dan mengenal pasti minat murid terhadap penggunaan kaedah think-pair-share bagi mata pelajaran sejarah.  Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik. Peningkatan pencapaian murid tahun 4 dalam menjawab soalan-soalan sejarah dengan menggunakan kaedah pembelajaran think-pair-share dapat dilihat melalui dapatan ujian pra dan ujian pasca kajian ini. Ini disokong oleh dapatan soal selidik yang menunjukkan murid lebih minat mempelajari sejarah melalui penggunaan kaedah think-pair-share bagi subjek sejarah. Dapatan kajian ini diharap membantu murid mempelajari sejarah dengan lebih efektif.

Downloads

Download data is not yet available.

References

AdityaRini Kusumaningpuri & Endang Fauziati. (2021). Model Pembelajaran RADEC dalam Perspektif Filsafat Konstruktivisme Vygotsky. Jurnal Papeda, 3(2), 103-111.

Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.

Azieyana Aziz & Christina Andi. (2018). Penggunaan Strategi Pembelajaran Koperatif untuk Meningkatkan Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 43(1), 1–9.

Chew Fong Peng & Nur Atikah Ali Jinnah. (2020). Sikap, Motivasi Dan Pelaksanaan Strategi Think-Pair-Share Dalam Pengajaran Kemahiran Menulis Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 10(1), 37-47.

Fathin Amirah Ismail, Jabaidah Bungsu & Masitah Shahril. (2022). Improving Students’ Participation and Performance in Building Quantities through Think-Pair-Share Cooperative Learning. Indonesian Journal of Educational Research and Technology 3(3), 203–216.

Griffen Encharang. (2009). Kesan Teknik “Think-Pair-Share” Dalam Kemahiran Menulis Ayat Topik Dan Ayat Huraian Murid Tahun Empat, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 15-29

Huei, S. L. & Faridah Mydin Kutty. (2022). Keberkesanan Think-Pair-Share Terhadap Motivasi dan Penglibatan Murid dalam Penguasaan Penulisan Bahasa Malaysia Sekolah SJK(C). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), e001517.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Laporan Tahunan 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

M. Kaviza, Che Saodah Ibrahim & Nasimah Che Noh. (2022). Strategi Think Pair Share dalam Mata Pelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(10), e001918.

Muhammad Zulfiqar Mat Lui & Anuar Ahmad. (2021). Minat Murid Terhadap Gaya, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru dalam Pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities(MJSSH), 6(2), 676.

Niveetha Mookan, Abdul Razaq Ahmad & Norasmah Othman.(2021). Pendekatan Kepelbagaian Pengajaran Dari Aspek Penyampaian, Alat Bantu Mengajar, Pedagogi Dan Peneguhan Dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Dunia Pendidikane, 3(1), 227-238

Nur Syazwani Abdul Talib, Kamarulzaman Abdul Ghani & Nur Azuki Yusuff. (2019a). Kaedah Pembelajaran Sejarah Berasaskan Lawatan Ke Muzium. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(1), 45-57.

Nur Syazwani Abdul Talib, Mohd Mahzan Awang, Kamarulzaman Abdul Ghani & Nur Azuki Yusuff. (2019b). Penggunaan Multimedia Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(2), 86-98.

Nurul Syadiyah binti Khairuddin & Ramlak Binti Mialok.(2020). Pembelajaran Berasaskan Permainan Dalam Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik Mnemonik. Jounal of ICT in Education (JICTIE), 7(1), 9-15.

S. Azman Ligun.(2017). Muzium Sebagai Instrumen Pembelajaran Sejarah Luar Bilik Darjah. Jurnal Kurikulum Pengajaran Pasifik, 5(1), 19-30.

Voon, S. H. & Amran, M. S. (2021). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Matematik. Jurnal Sains Insani, 6(2), 285.

Published
2023-05-31
How to Cite
Rajakumar, S. and Ahmad, A. (2023) “Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Think-Pair-Share dalam Meningkatkan Pencapaian Murid Tahun 4 bagi Mata Pelajaran Sejarah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), p. e002178. doi: 10.47405/mjssh.v8i5.2178.
Section
Articles