Output Pengujian Modul Minda Keusahawanan: Kajian Ke Atas 9 Peserta Gelandangan Bekas Banduan di Jalan Chow Kit
Abstract
Modul Minda Keusahawanan yang telah dibina melibatkan sembilan modul yang telah disampaikan kepada gelandangan bekas banduan. Tujuan pembinaan modul keusahawanan ini adalah bagi memperkenalkan bidang keusahawanan kepada gelandangan bekas banduan agar dapat dijadikan sebagai salah satu bidang untuk diceburi. Seramai sembilan orang peserta yang terdiri daripada gelandangan bekas banduan dan tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang stabil telah dikenal pasti menggunakan kaedah teknik persampelan bertujuan dan bola salji. Modul ini telah dijalankan di Pusat Komuniti Pembelajaran Chow Kit, Kuala Lumpur selama tiga hari. Objektif utama bengkel adalah untuk meneroka penerimaan dan kefahaman peserta terhadap modul. Di samping itu, kajian ini turut menyelami pandangan para peserta tentang cabaran yang dihadapi untuk menceburi bidang keusahawanan. Hasil kajian mendapati penerimaan dan kefahaman yang sangat positif terhadap modul ini. Namun demikian, wujud cabaran yang perlu ditempuhi oleh gelandangan bekas banduan yang berminat menceburi dunia keusahawanan. Hasil terakhir kajian ini telah membawa kepada pembinaan model output pengujian dan penilaian Modul Minda Keusahawanan khusus untuk gelandangan bekas banduan. Model output ini memberi gambaran yang menyeluruh tentang input, proses dan output keseluruhan kajian ini. Kajian ini signifikan dalam membentuk minat dan kefahaman dalam kalangan gelandangan bekas banduan untuk berusaha menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dalam menjadi insan produktif sekaligus membantu ekonomi mereka dan negara.
Downloads
References
Aaltonen, M. (2016). Post-release employment of desisting inmates. The British Journal of Criminology, 56(2), 350–369.
Aisah, H., Nik Mohd Rahimi, N. Y., Maimun, A. L. & Aisyah, S. (2017). Amalan Strategi Pemahaman Makna Kosa Kata Bahasa Arab Berasaskan Konteks Penggunaan dalam Pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Arab. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 1(2), 53-66.
Baldwin, T.T., Ford, J.K. and Blume, B.D. (2017). The state of transfer of training research: moving toward more consumer-centric inquiry. Human Resource Development Quarterly, 28(1), 17-28.
Baron, S. (2008). Street youth, unemployment, and crime: Is it that simple? Using General Strain Theory to untangle the relationship. Canadian Journal of Criminology and Criminal Justice, 50(4), 399–434.
Berawi, F.A. & Ismail, N.A (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal. https://www.researchgate.net/publication/337679453_Gelandangan_di_Kuala_Lumpur_Tinjauan_Awal [2 Disember 2021].
Berg, M & Huebner, B. (2011). Reentry and the ties that bind: An examination of social ties, employment, and recidivism. Justice Quarterly, 28(2), 382-410.
Burke, L.A. & Hutchins, H.M. (2007), Training transfer: an integrative literature review. Human Resource Development Review, 6(3), 263-296.
Cheng, E.W. & Ho, D.C. (2001). A review of transfer of training studies in the past decade. Personnel Review, 12(33), 133-148.
Chiaburu, D.S., Van, D.K. and Hutchins, H.M. (2010), Social support in the workplace and training transfer: A longitudinal analysis. International Journal of Selection and Assessment, 18(2), 187-200.
Duwe, G & Clark, V. (2014). The effects of prison-based educational programming on recidivism and employment. The Prison Journal, 94(4), 454-478.
Gottfredson, M & Hirschi, T. (1990). A general theory of crime. Standford: Stanford University Press.
Iswahyudi, I., Yohana, C. & Mardi,M. (2019). Impact self-efficacy and supervisor support on transfer of training: Two-stage approach analysis. Jurnal Pendidikan Ekonomi Dan Bisnis (JPEB), 7(1), 47-60, doi: 10.21009/JPEB.007.1.5.
Jasni, M.A., Ah, S.H.A.B., Yusoff, J.Z., Shahid, K.M., Omar, N. & Azman, Z. 2019a. Family Refusal as a Contributing Factor To The Homelessness Problem Among Former Prisoners In Malaysia. Sarjana, 34(1), 23-37.
La Vigne, N., Brooks, L & Shollenberger, T. (2007). Returning home: exploring the challenges and successes of recently released Texas prisoners. Washington, D.C.: Urban Institute Press.
Lowe, J., & Gibson, S. (2011). Reflections of a homeless population’s lived experience with substance abuse. Journal of Community Health Nursing, 28, 92-100, DOI: 10.1080/07370016.2011.564066.
Maruna, S & Farrall, S. (2004). Desistance from crime: A theoretical reformulation. K öolner Zeitschrift f üur Soziologie und Sozialpsychologie, 43, 171–194.
Mears, D & Mestre, J. (2012). Prisoner reentry, employment, signaling, and the better identification of desisters: Introduction to the special issue. Criminology and Public Policy, 11(1), 5-15.
Mustafar, F. W., Yusof, F., Dora, M.T., Mustaffa, F., Mokhtar, M. Y. O., Osman, I. H., Azmi, A. N. & Hanafi, M. H. M. (2018). Fenomena gelandangan: faktor kebanjiran ‘komuniti jalanan. Unit Penyelidikan, Perundingan dan Inovasi (UPPI): Kolej Universiti Islam Melaka.
Pekrun, R., Elliot, A.J., & Maier, M.A. (2009). Achievement goals and achievement emotions: testing a model of their joint relations with academic performance. Journal of educational Psychology, 101(1), 115.
Perlines, F.H. & Araque, B.Y. (2015). Linking training to organizational performance: An absorptive capacity-based view. case study method in Spanish family businesses. Journal of Promotion Management, 21(4), 432-446.
Redcross, C., Bloom, D., Jacobs, E., Manno, M., Muller-Ravett, S., Seefeldt, K., Yahner, J., Young, Jr., A & Zweig, J. (2010). Work After Prison: One-Year Findings from the Transitional Jobs Reentry Demonstration. New York, NY: MDRC.
Sharif, S., Braimah, M., & Dogbey, A. E. (2021). Academic supports, motivation to learn, motivation to transfer and transfer of training: A comparative analysis of public and private universities. European Journal of Training and Development, Vol. ahead-of- print No. ahead-of-print. https://doi.org/10.1108/EJTD-05-2021-0068
Vermeulen, F. & Barkema, H. (2002). Pace, rhythm, and scope: process dependence in building a profitable multinational corporation. Strategic Management Journal, 23(7), 637–653.