Keberkesanan Sistem Akaun Digital bagi Topik Laporan Kewangan dalam kalangan Pelajar Kolej Komuniti
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada impak pelaksanaan Sistem Akaun Digital (SAD) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) topik Laporan Kewangan bagi subjek Keusahawanan di salah sebuah kolej komuniti di Malaysia. SAD merupakan aplikasi pembelajaran berkomputer yang dibina khas untuk membantu pelajar menghasilkan Laporan Kewangan perniagaan yang baik. Tujuan kajian adalah untuk menentukan tahap keberkesanan SAD membantu pelajar menghasilkan Laporan Kewangan dari aspek penjimatan masa dan juga aspek kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model ADDIE (Analyze, Design, Develop, Implement, Evaluate) digunakan untuk pembinaan SAD dan pendekatan kuantitatif digunakan dalam menentukan keberkesanan SAD. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan melibatkan 39 orang responden yang dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelajar Kursus Keusahawanan bagi program Sijil Pemprosesan Kawalan Mutu Makanan. Soal selidik kajian menggunakan skala Likert yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aspek penjimatan masa dan kelancaran sesi pengajaran PdP. Para pelajar diberikan tugasan untuk menyediakan lembaran kewangan secara manual dan ujian masa penggunaan SAD dijalankan untuk dibuat perbandingan masa. Data kajian dianalisis menggunakan perisian MS Excel bagi menjawab persoalan kajian melalui analisis deskriptif. Dapatan kajian ini menunjukkan peratus kecenderungan penggunaan SAD adalah pada tahap tinggi. Data menunjukkan terdapat 89.7% responden bersetuju SAD menjimatkan masa dan membantu melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa SAD menjimatkan masa dan membantu melancarkan pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi kursus Keusahawanan. Oleh yang demikian, penggunaan SAD dapat meningkatkan keberkesanan PdP bagi topik Laporan Kewangan dalam kursus Keusahawanan pelajar. Aspek penjimatan masa dan kelancaran PdP boleh ditambahbaikkan dalam kajian lanjutan menggunakan metodologi kajian yang lebih baik.
Downloads
References
Ab Rahman, H., Zainal, N., & Ab Karim, N. A. (2015, June). Keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam bagi sekolah kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur. In International Conference on Information Technology & Society (pp. 8-9).
Ahmad, N. L., & Fazil, N. F. M. (2021). Pengurusan Kewangan dan Pembangunan Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Perakaunan Universiti Awam. Jurnal Personalia Pelajar, 24(1).
Ahmad, N. A., & Yusop, N. M. (2021). Tahap Pengurusan Kewangan Di Kalangan Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Daerah Ketereh. Jurnal Dunia Perniagaan, 3(3), 25-35.
Berényi, L., & Deutsch, N. (2018). Effective teaching methods in business higher education: a students’ perspective. International Journal of Education and Information Technologies, 12, 37-45.
Gumanti, R. W. (2020). Inovasi Pendidikan Dalam Efektivitas Penerapan Kurikulum 2013. Jurnal Syntax Imperati: Jurnal Ilmu Sosial dan Pendidikan, 1(4), 264-279.
Gulin, D., Hladika, M., & Valenta, I. (2019). Digitalization and the Challenges for the Accounting Profession. SSRN Electronic Journal. https://doi.org/10.2139/ssrn.3492237
Karsilah, et al. (2017), Inovasi Model Pembelajaran Guided Inquiry Untuk Meningkatkan Kemampuan Kognitif Siswa Smp, Indonesian Journal of Science and Education, 1(1), 49~56.
Kamaruzaman, M. (2009). Keberkesanan program kelayakan profesional kepengetuaan kebangsaan (NPQH). (Doctoral dissertation, Universiti Kebangsaan Malaysia).
Mancini, D., Lamboglia, R., Castellano, N. G., & Corsi, K. (2017). Trends of digital innovation applied to accounting information and management control systems. In Reshaping accounting and management control systems (pp. 1-19). Springer, Cham.
Mohd Faizi et al. (2013). Penggunaan Mechanic Tools Board (MTB) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Selenggara Sistem Stereng Di Bengkel Automotif. Prosiding Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti Peringkat Zon Utara.
Othman, A. S. H., & Dawood, S. R. S. (2020). Keusahawanan wanita di Kelantan berteraskan model ekonomi baru: hala tuju dan cabaran. e-BANGI, 17(4), 124-148.
Petrowski, M. J. (2000). Creativity research: implications for teaching, learning, and thinking. Reference Services Review, 28(4), 304-312.
Richey, R. C., & Klein, J. D. (2014). Design and development research. Dalam Handbook of Research on Educational Communications and Technology (pp. 141–150). New York: Springer New York. https://doi.org/10.1007/978-1- 4614-3185-5_12
Tunio, M. N., Chaudhry, I. S., Shaikh, S., Jariko, M. A., & Brahmi, M. (2021). Determinants of the sustainable entrepreneurial engagement of youth in developing country—An empirical evidence from Pakistan. Sustainability, 13(14), 7764.
Srinivasan, A., & Venkatraman, N. (2018). Entrepreneurship in digital platforms: A network‐centric view. Strategic Entrepreneurship Journal, 12(1), 54-71.
Strickland, A. W. (2006). ADDIE. Idaho State University College of Education, Science, Math & Technology Education.
Sudar, K. (2003). Satu tinjauan terhadap pengetahuan pengurusan kewangan dalam bidang keusahawanan bagi pelajar tahun akhir sarjana muda kejuruteraan KUITTHO. (Doctoral dissertation, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn).
Zakaria, S. R., Hamzah, M. I., & Razak, K. A. (2017). Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pensyarah Pendidikan Islam di politeknik zon selatan. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1), 29-41.