Penulisan Alasan Penghakiman dan Prosedur di Mahkamah Syariah Berpandukan Hadis: Analisis Pemakaian dan Pengecualian
Abstract
Fakta kes, keterangan dari pihak-pihak, rujukan nas al-Quran dan Hadis serta pendapat fuqaha’ merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh Hakim Syarie sebelum sesuatu alasan penghakiman dibuat. Pemakaian Hadis merupakan antara sumber terpenting di dalam penghakiman kes Syariah dan turut menjadi asas bagi prosedur di Mahkamah Syariah yang terangkum di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor dan negeri-negeri lain. Hal ini dikuatkan lagi dengan keputusan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah Malaysia. Kertas ini membincangkan pemakaian dan pengecualian Hadis di dalam alasan penghakiman dan prosedur dengan menggunakan kaedah empirical study menerusi peruntukan seksyen dan kes-kes yang diputuskan. Hasil kajian ini mendapati ada beberapa peruntukan seksyen dan kes-kes yang mengguna pakai dan mengecualikan prinsip Hadis ini. Bagi pengecualian, kertas kajian ini menghuraikan rasional bagi pengecualian pemakaian Hadis tersebut.
Downloads
References
Aishah Md Isa dan Empat Yang Lain lwn. Hariah Naseh, (2016) 43(2) JH 279.
al-Sarkhasi. (1986). Al-Mabsut, Dar al-Ma’rifah, Beirut, j.16, 63.
Badrolhisyam bin Khalid lwn. Masriah binti Hj. Ismail, (2015) 41(1) JH 65.
Bakar, M. Z. A. (2003). Isu-Isu Peguam Syarie di Malaysia. Jurnal Syariah, 11(2), 109-132.
Buang, A. H., Hussin, M. N. M., & Daud, M. Z. (2021). Penghakiman Mahkamah Syariah Malaysia: Analisis Kes-Kes Terpilih: Shariah Court Judgement in Malaysia: An Analysis of Selected Cases. Jurnal Syariah, 29(3), 509-534.
Dahalan, H. M., Mohiddin, M. N. H., bin Abd Rahman, M. R., & Dahlan, N. K. (2019). Peguam Syarie di Malaysia: Analisis Perkembangan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 25, 23-33.
Deraman, F dan Ahmad, K. (2021). Pendekatan ‘Ulūm Al-Hadíth Dalam Menangani Salah Faham Terhadap Sunnah, Selangor: Persatuan Ulama Malaysia, 8.
Faizuddin bin Tasaruddin vs Zairawati binti Mohd Fauzi [2016] 3 SHLR 30.
Ghazali Abdul Rahman. (2005). Proses Penghakiman dan Menjatuhkan Keputusan di Mahkamah Syariah: Satu Penilaian. Jurnal Hukum Jilid XIX, Bhg. 2 (Mei 2005), h. 209.
Haslinda binti Alias v Johdi Mathew Byrne @ Yahya bin Abdullah (1999) 13 JH 47.
Ibrāhīm ibn ʻAlī Ibn Farḥūn. (1884.). Kitāb tabṣirat al-ḥukkām fī uṣūl al-aqḍiyah, wa-manāhij al-aḥkām, Al-Maṭbaʻah al-ʻĀmirīyah al-Sharifīyah, j.1, 39.
Khairol bin Bahari lwn Norazian Binti Saidin Mal No. 14500-001-002-2001.
Kristen Rachel Luterman @ Khadijah lwn Shahrazi bin Shaari (2008) JH 25/1, 139.
Mahmod, Z., & Buang, A. H. (2022). Profesionalisme Hakim Syarie Di Mahkamah Syariah Melalui Pemakaian Arahan Amalan Penulisan Teks Alasan Penghakiman: Professionalism of Syariah Judges in Shariah Courts Through The Application of Practice Directions the Text Writing of Grounds of Judgment. Journal of Fatwa Management and Research, 27(4), 99-125.
Mahmod, Z., Buang, A. H., & Baharuddin, A. (2021). Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah: Kajian di Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (Seksyen Sarawak) Terhadap Hak Wanita dan Kanak-Kanak. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6(39), 41-50.
Marlisa Nicholas bt Alamdin v Timah bt Abdul Rahman & Anor [2011] 1 SHLR 41.
Mazni Abdul Wahab. (2014). Pemerkasaan Mahkamah Syariah Melalui Pemakaian Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. (Tesis PhD, Universiti Malaya).
Mohd Hassan lwn Siti Sharidza [2004] JH XVIII/II, 269.
Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, (2010), Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah: Prinsip dan Amalan, Edisi Pertama, Karya kreatif Publications
Mustafa Batcha lwn A. Habeeba Abd Rahman [2004] CLJ (Sya) 136.
Omar Harun lwn. Abdullah Omar, (2016) 43(2) JH 252.
Seripah binti Mat Daud lwn. Patimah @ Hasnah binti Md. Nor, (2017) 44(2) JH 205.
Sunan Abū Dāwūd . Kitab Al-Aqdiyah , Bab kayf alqada', No. 3582., Dinilai hasan oleh Iman Al-Albani.
Tuminah lawan Ariffin (1983) 4 JH 84.