Kekangan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun Empat SJKT
Abstract
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang amat membimbangkan guru subjek Bahasa Melayu di sekolah Tamil. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru terhadap tahap penguasaan murid sekolah Tamil Tahun Empat dalam kemahiran membina ayat serta membincangkan kekangan yang dihadapi dari persepsi guru dan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat bahasa Melayu di sekolah Tamil. Responden kajian terdiri daripada 119 orang guru sekolah Tamil yang mengajar Tahun Empat di seluruh negeri Perak. Bagi analisis dokumen pula seramai 20 orang murid daripada empat buah sekolah Tamil di Kinta Utara dilibatkan sebagai sampel kajian. Analisis dokumen yang dijalankan telah menyokong dapatan soal selidik. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dan dapatan data soal selidik dianalisis menggunakan SPSS Versi 22.0 untuk mencari min dan peratusan. Melalui penganalisisan data, didapati bahawa murid sekolah Tamil menghadapi masalah untuk membina ayat tanpa kesalahan tatabahasa serta lemah dalam penguasaan bahasa. Selain itu, dapatan kajian analisis dokumen menunjukkan terdapat lapan aspek masalah penulisan yang sering dilakukan oleh murid sekolah Tamil terutama kesalahan tatabahasa menunjukkan memang wujud beberapa kekangan dari persepsi guru semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat. Kajian ini mencadangkan guru-guru supaya mempelbagaikan kaedah pengajaran serta meningkatkan pengetahuan guru ke arah mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat dengan kreatif dan berkualiti agar prestasi kemahiran menulis murid SJKT dapat ditingkatkan pada masa akan datang.
Downloads
References
A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amir Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Membina ayat berdasarkan grafik dengan Teknik ‘SALAK’. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Pedagogy of Malay, Indonesian and other Language (PMIOL) 2012. Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Malaysia dan Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, 14-15
Abdullah, N. A., Mahamod, Z., & Shaid, N. A. H. N. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 1-9.
Amirra Shazreena Aminul Razin & Subramaniam, V. (2019). Kesalahan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(1), 3-1
Anida Sarudin, Dahlia Janan, Zulkifli Osman & Ahmad Khair Mohd Noor. (2016). Penguasaan Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah Berdasarkan Inventori Penilaian Kemahiran terancang. International Journal Of Language Education And Applied Lingustics.
Aswati Mohd Shariff & Muliana Mohammad. (2016). Penggunaan LABA Dalam Pembinaan Dan Peluasan Ayat. Kertas Kerja Seminar Bahasa Melayu 2016 (ms 383-392). Pusat Bahasa Melayu Singapura dan Unit Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Singapura.
Bahagian Pembangunan kurikulum. (2011). Dokumen Standard KSSR. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bates, M. S., Phalen, L., & Moran, C. (2016). Online professional development: A primer. Phi Delta Kappan, 97(5), 70-73.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd. Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 67-87
Datchuk, S. (2015). Teaching handwriting to elementary students with learning disabilities: A problem-solving approach. Teaching exceptional children, 48(1), 19-27.
Dazriiansyah. (2015). Analisis Kesalahan Struktur Kalimat pada Karangan arasi Siswa Kelas XI Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 3 Tanjung Pinang. Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan UMRAH. Dimuat turunkan pada 10 Januari 2019 daripada http://jurnal.umrah.ac.id/?p=3787
Dunn, R., & Dunn, K. (1978). Teaching Students through Their Individual Learning Styles. Reston, VA: Reston.
Hashim Othman. (2005). Penilaian Tahap Penguasaan Kemahlran Menulis dalam Bahasa Melayu Murid Sekolah Kebangsaan Kebolehpercayaan Instrumen. Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Bahasa Melayu Memperkasa Pendidikan Bahasa Melayu untuk Mendepani Cabaran Semasa (16-18 September 2005), Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
He, X. Y. (2016). An Action Research On Improving Non-English Majors’ English writing By Basic Sentence Pattern Translation Drills. English Language Teaching, 9(1), 142-147.
Ibrahim Mohamed Alfaki. (2015). University Students’ English Writing Problems: Diagnosis And Remedy. International Journal Of English Language Teaching, 3(3), 40-52
Juppri Bacotang & Zainiah Mohamed Isa. (2016). Pembangunan modul literasi awal (Modul Lit-A) untuk kanak-kanak TASKA. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 5, 30-48.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Induk Pembangunan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Loh, P. W., Zanaton Iksan. (2019). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Ayat Mudah dengan Pakej Peranti SBK. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan kemanusiaan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Maniam, M., & Ponniah, E. K. (2014). Pengaruh bahasa ibunda (Bahasa Tamil) dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu. Edusentris, 1(1), 54-63.
Manisah Osman. (2017). Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai keterangan. Kertas Kerja Seminar Bahasa Melayu 2017 (ms 228-237). Pusat Bahasa Melayu Singapura dan Unit Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Singapura.
Nachiappan, S., Yin, G. S., & Sehgar, S. C. (2018). Aplikasi kemahiran kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran karangan Bahasa Melayu di SJK (Cina) daerah Sabak Bernam. PENDETA, 9, 32-40.
Noor Habsah Ali & Yahya Othman. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 33-41.
Nor’Azian Nahar & Fadzilah Abd. Rahman. (2018). Tahap penguasaan kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam kalangan penutur bukan penutur natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 74-83
Noor Zila Md. Yusuf. (2015). Bahasa Antara dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua (Tesis Doktor Falsafah). Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. International Conference on Islamic Civilization and Technology Management (ms. 87-105).
Normazidah Mahmod. (2012). Penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru peringkat sekolah rendah: Satu penilaian (Tesis Doktor Falsafah). University Malaya.
Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Sikap Dan Motivasi Murid India Sekolah Rendah Pedalaman Tamil Dalam Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 331-341.
Raja Gopal, R., Janan, D., & Masran. N., (2020) Need Analysis On Development Of Watak Module To Improve Malay Sentence Skills For Tamil School Students. Journal of Critical Reviews, 7(16), 327 – 3331.
Ramli Md. Salleh. (2006). Imbuhan dan penandaan tematik dalam Bahasa Melayu. Jurnal Melayu, 2, 19-51.
Richard, P. W. (2001). Exploring teacher’s belief and teh processes of change. PAC Journal, 41-58
Siti Hazlilah Jumali & Supina Taib . (2014, Jun 5). Penglibatan Murid Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui Penggunaan Peranti Peribadi. Kertas Kerja Seminar Bahasa Melayu 2017 (ms 363-369). Pusat Bahasa Melayu Singapura dan Unit Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Singapura.
Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli, (Kertas Projek Sarjana Sains). Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Visurasam, A. (2013). Analisis Kesilapan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Oleh Pelajar India: Strategi Pembelajaran Dan Pemindahan Bahasa (Tesis Doktor Falsafah). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Zahratulnadirah Ibrahim. (2012). Kesan Rumus “WAT” Dalam Membantu Murid Tahun Lima Membina Ayat Gambar Tunggal Bahasa Melayu. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms56-68. Kuching, Sarawak.
Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahaman. (2020). Profesion Keguruan dan Pembangunan Insan. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod. (2016). Sosiolingustik dan Pengajaran Bahasa. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan Tatabahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Pelajar. LSP International Journal, 4(1), 23-35.
Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. (2010). Isu imbuhan /di-i/ Bahasa Melayu: apitan atau gabungan. Jurnal Melayu, 5, 103-126
Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin & Shariffulizan Malek. (2011). Fonologi rangkap vokal dan kepelbagaian dialek Melayu: Analisis teori optimaliti. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 11(3).
Zulkifley Hamid. (2006). Psikolingustik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.