Sikap Guru Sejarah Terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
Abstract
Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan salah satu disiplin sejarah yang perlu dilaksanakan oleh guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah. Seseorang guru Sejarah perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan supaya objektif pengajaran dapat disampaikan dengan baik. Selain itu, sikap guru sangat penting dalam memastikan guru konsisten dan sentiasa positif untuk melaksanakan pengajaran terutamanya dalam menyampaikan kelima-lima elemen KPS kepada murid-murid. Walau bagaimanapun, menurut Nur Hawa Hanis dan Ghazali (2018) guru yang bersikap negatif menyebabkan mereka gagal mencerna minda murid supaya lebih berfikir secara kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap guru terhadap KPS dalam kalangan guru Sejarah Tingkatan 2. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan empat orang guru Sejarah sekolah menengah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru Sejarah mempunyai sikap yang positif yang terdiri daripada konstruk kognitif, afektif dan tingkah laku. Persepsi guru Sejarah menunjukkan sikap positif dan konsisten terhadap pelaksanaan KPS. Oleh itu, implikasi kajian ini mencadangkan kepada semua guru Sejarah untuk mengambil langkah-langkah yang strategik bagi memastikan sikap yang lebih positif terhadap KPS terutama dalam proses PdP Sejarah. Dapatan ini diharap dapat dijadikan panduan terutamanya kepada guru Sejarah, pihak sekolah, penggubal dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan pihak universiti.
Downloads
References
Azrul Azeem Selamat. (2019). Amalan Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah Tahun 5 Di Petrajaya: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Sains Sosial, 2.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sejarah. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bickford II, J. H., & Bickford, M. S. (2015). Historical thinking, reading and writing about world’s newest nation, South Sudan. Social Studies Research and Practice, 10(2), 111–123.
Cowgill II, D. A., & Waring, S. M. (2017). Historical thinking: An evaluation of student and teacher ability to analyze sources. Journal of Social Studies Education Research, 8(1), 115–145
Ismail Said. (2014). Kaedah Pengajaran Sejarah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Sejarah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Jemaah Nazir. Putrajaya: Malaysia.
Krishnaveni Vasudevan. (2013). Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Mata Pelajaran Sejarah dari Perspektif Guru dan Pelajar. Tesis Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lisa Yip Shukye. (2014). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Kalangan Murid-murid. Jurnal Penyelidikan Kent, 13, 37- 49
Mahdi Shuid. (2017). Pembelajaran Kooperatif dan Pembelajaran Kolaboratif: Pilihan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Dlm. Mahdi Shuid et.al. (pnyt). Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn Bhd.
M. Kaviza. (2020). Penggunaan Sumber Dokumen Teks Dalam Subjek Sejarah: Satu Sorotan Kajian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(10), 200-206.
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, Noria Munirah Yakub & Ahmad Ali Seman. (2016). Historical Thinking Skills among Pre-Service Teachers in Indonesia and Malaysia. Creative Education, 7, 62-76
Muhamad Yazid Khalil. (2018). Tahap Pengetahuan Guru Sejarah Sekolah Rendah Dalam Kemahiran Pemikiran Sejarah. Prosiding National Innovation and Invention Competition through Exhibition, 1- 12.
Noorafini Kassim, Saini Ag. Damit & Muhammad Suhaimi Taat. (2017). Pengaruh sikap pelajar dan pengajaran guru terhadap penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar PPIN, UMS. Jurnal ‘Ulwan, 1, 125-142.
Nur Hawa Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam. (2018). Kesediaan guru melaksanakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(3), 22 to 31.
Padmanaban Madawan, Ruhizan Muhammad Yasin, & Mohd Isa Hamzah. (2017). Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar Kolej Matrikulasi Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pembelajaran, 541–547. https://sted18.files.wordpress.com
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rosy Talin. (2016). Why Historical Thinking Skills was not there? International Journal of Learning and Educational Research, 15(3), 134-142.
Siti Hawa Abdullah. (2019). Pendidikan Sejarah: Pemikiran, Pemahaman dan Empati, Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Syed Ismail, Pushpavalli, A.R., Meor Aris & Rosli Sani. (2017). Kaedah Pengajaran Sejarah. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.