Kesantunan Bahasa Sebagai Mediator antara Tingkah Laku Penutup dengan Perwatakan Bahasa dalam kalangan Pelajar di Universiti

  • Abdul Rasid Jamian Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
  • Mohd Rashid Md Idris Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
  • Azhar Wahid Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
  • Norfaizah Abdul Jobar Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
  • Ariff Mohammad Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
  • Rosmaria Omar Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
Keywords: Tingkah laku penutup, Pendidikan kesantunan bahasa, Perwatakan bahasa

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengkaji tahap tingkah laku penutup, pendidikan kesantunan bahasa dan perwatakan bahasa, menganalisis hubungan langsung antara pemboleh ubah tingkah laku penutup dan pendidikan kesantunan bahasa dengan perwatakan bahasa, dan menganalisis pendidikan kesantunan bahasa adalah mediator bagi hubungan antara tingkah laku penutup dengan perwatakan bahasa. Sampel kajian melibatkan seramai 380 orang pelajar yang mengikuti program bahasa di tiga universiti awam (UPSI, UPM dan UIA) dan tiga universiti swasta (OUM, USAS dan UTAR) yang dipilih secara rawak berstrata. Pengumpulan data secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik melalui Google Form. Manakala, data sekunder untuk proses triangulasi menggunakan kaedah tuning interview yang melibatkan seramai 24 orang peserta kajian. Setiap universiti diwakili oleh empat orang pelajar sebagai responden kajian bagi data kualitatif. Dapatan menunjukkan bahawa bentuk positif kesopanan yang paling banyak digunakan oleh pelajar adalah tutur kata dengan nilai β=0.67, p=.000. Pendidikan kesantunan bahasa telah menyumbang sebanyak 80% nilai R2 bagi perwatakan bahasa dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, kesantunan sewaktu berbahasa dapat diterjemahkan melalui pemilihan perkataan yang baik dan cara menuturkan perkataan berkenaan dalam situasi tertentu berdasarkan tujuan ujaran misalnya untuk menyapa, meminta, mencurahkan perasaan, mengarah, atau mempengaruhi orang lain. Bahasa dan gaya penyampaian berkait rapat dengan pendidikan kesantunan apabila digunakan dalam berkomunikasi dan berhubungan antara individu sehingga difahami maksudnya. Implikasi kajian menjelaskan bahawa bahasa adalah elemen terpenting semasa berkomunikasi bagi mewujudkan perwatakan bahasa yang menarik dalam kalangan pelajar. Pemilihan perkataan, gaya pertuturan, nada, dan bahasa tubuh yang santun menunjukkan seseorang individu itu mempunyai budi bahasa dan akhlak yang baik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Razak, M. R. (2020). Pembinaan negara bangsa Malaysia: peranan pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 36.

Cahyadi, R. (2018). Pembelajaran Bahasa Jawa dalam Membentuk Kesantunan Berbahasa di MI Muhammadiyah Arenan Kecamatan Kaligondang Kabupaten Purbalingga. IAIN Purwokerto.

Dawi, N. F., & Abas, A. (2020). Language Politeness among Students of University Malaysia Sabah. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 133.

Ghazali Darusalam, & Sufean Hussin. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan amalan dan analisis kajian. Penerbit Universiti Malaya.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate Data Analysis (Seventh). Pearson Prentice Hall.

Hartini, H. I., AR, H. F., & Charlina, C. (2017). Kesantunan Berbahasa dalam Komentar Caption Instagram. Riau University.

Jaya, A. C. (2018). Konsep Nation-State dalam Pemikiran Ideologi Politik Melayu Islam pada Abad Ke-19 M (Studi Pemikiran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1787-1854). Tamaddun: Jurnal Kebudayaan Dan Sastra Islam, 18(2), 134–146.

Noraini, I. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan (Edisi 2). MCGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Tarmini, W., & Safii, I. (2018). Kesantunan Berbahasa Civitas Academica Uhamka: Kajian Sosio-Pragmatik. Imajeri: Jurnal Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia, 1(1), 77–91.

Wintarsih, S. P. (2019). Pentingnya Kesantunan Berbahasa bagi Mahasiswa. METAMORFOSIS| Jurnal Bahasa, Sastra Indonesia Dan Pengajarannya, 12(1), 61–64.

Zainudin, A., Afthanorhan, A., & Asri, M. A. M. (2015). Parametric and Non Parametric Approach in Structural Equation Modeling (SEM): The Application of Bootstrapping. Modern Applied Science, 9(9), 58–67. https://doi.org/10.5539/mas.v9n9p58

Published
2022-10-30
How to Cite
Jamian, A., Md Idris, M. R., Wahid, A., Abdul Jobar, N., Mohammad, A. and Omar, R. (2022) “Kesantunan Bahasa Sebagai Mediator antara Tingkah Laku Penutup dengan Perwatakan Bahasa dalam kalangan Pelajar di Universiti”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(10), p. e001794. doi: 10.47405/mjssh.v7i10.1794.
Section
Articles