Strategi dan Penyesuaian Kaedah Sara Hidup Dalam Kalangan Komuniti Bumiputera Pinggir Bandar
Abstract
Pembangunan yang berlaku di kawasan bandar telah membawa kepada rebakan pembandaran terhadap kawasan pinggir bandar. Ketepuan pembangunan yang berlaku di kawasan bandar telah membawa kepada penerokaan dan pembukaan kawasan pinggir. Perubahan ekonomi di kawasan pinggir bandar dapat dilihat dengan jelas melalui perluasan kuasa pasar, pelaburan syarikat besar dan campur tangan pemerintah. Walaubagaimanapun, komuniti di pinggir bandar ini dilihat mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan segala bentuk perubahan yang berlaku. Peningkatan harga barangan dan kos sara hidup memaksa komuniti pinggir bandar ini untuk mengubah bentuk aktiviti ekonomi dan sara hidup mereka agar dapat bergerak seiring dengan perubahan yang berlaku. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengukur perubahan aktiviti ekonomi yang berlaku serta mengenal pasti strategi dan penyesuaian sara hidup yang dilakukan oleh komuniti pinggir bandar Daerah Bau. Reka bentuk kajian ini adalah melalui pedekatan survei melalui borang soal selidik yang diedarkan. Dapatan daripada soal selidik juga disokong melalui beberapa siri temubual bersama orang sumber. Kajian ini melibatkan responden seramai 381 orang yang terdiri daripada komuniti bumiputera pinggir bandar di Daerah Bau yang berusia 18 tahun keatas dan dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data seterusnya diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati terdapat perubahan aktiviti ekonomi sara hidup yang ketara antara generasi pertama dan kedua KIR di kawasan pinggir bandar Daerah Bau hasil daripada pembangunan dan perubahan yang berlaku di kawasan tersebut. Kajian juga mendapati terdapat lima strategi dan penyesuaian kaedah sara hidup yang dipersetujui oleh responden yang dilihat berupaya untuk menambah baik pendapatan dan taraf hidup mereka.
Downloads
References
Abdul, R. A. (2002). Pekerjaan Dalam Kehidupan Manusia. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Abdul Aziz Rahman (1992). Pemasaran Pertanian Malaysia. Dlm. V. T. King, & N. M. Jali (pnyt.). Isu-Isu Pembangunan Luar Bandar Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anuar Amir (2006). Impak Limpahan Pembandaran Ke Atas Kampung Pinggir Bandar Di Wilayah Metropolitan [Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi Malaysia.
Amaluddin, B., Zuliskandar, R., Choy, E., A., Azhan, A., (2017). Isu Kenaikan Harga Rumah Di Kawasan Pinggir Bandar: Satu Tinjauan Di Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor. Asian Journal of Enviroments, History and Heritage, 1(2), 39-59.
Clapson, M., Hutchison, R. (2010). Introduction: Suburbanization in Global Society. Bingley: Emerald Group Publishing Limited.
Ellis, F. (1998). ‘Household Strategies and Rural Livelihood Diversification’. The Journal of Development Studies, 35(1), 1-38.
Forman, R. T. (2008). Urban Region: Ecology and Planning Beyond the City. London: Cambridge University Press.
Gordon, D. L. A., & Janzen, M. (2013). Suburban Nation? Estimating The Size of Canada’s Suburban Population. Journal of Architectural and Planning Research, 30(3), 197-220.
Halib, M. (1992). Penyelidikan dan Pemindahan Teknologi Sosial: Pengalaman Risda Dalam Pengamiran Getah dan Biri-Biri. Dlm. V. King, & N. M. Jali (pnyt.). Isu-Isu Pembangunan Luar Bandar Malaysia, hlm. 282-292. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Jauhiainen, J. (2013). Suburbs. Dlm. Peter Clark (pnyt.). The Oxford Handbook of Cities in World History, hlm. 791-808. Oxford: Oxford University Press.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurements, 607-610.
Nor Hayati Sa'at (2010). Keluar Dari Lingkaran Kemiskinan: Mobiliti Sosial Di Kalangan Komuniti Pesisir Pantai, Kuala Terengganu. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Suhaidi Salleh (2006). Strategi Kehidupan dan Pekerjaan Masyarakat Melayu Pesisir Sarawak. Kuching: Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.
Mohamad Suhaidi Salleh & Nita Edama (2013). Livelihood Stratergies and Formation of Economy and Social Stratification: Experience from Malaysia. International Journal of Economics and Finance Studies, 5(1), 247-257.
Shari, I. (1992). Dasar- Dasar Pembasmian Kemiskinan dan Masyarakat Bumiputera Luar Bandar: Pencapaian Kini dan Cabaran Selepas 1990. Dlm. C. Siwar, M. Y. Kasim, & A. M. Ismail (pnyt.). Ekonomi Bumiputera Selepas 1990, hlm. 223-248. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Samruhaizad Samian & Azhan Awang (2017). Pendidikan Sebagai Komponen Kualiti Hidup Masyarakat Pinggir Bandar. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 1(1), 267-280.
Syed Husin Ali (1975). Malay Peasant Society and Leadership. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Teh, W. W., & Hamid, I. (1998). Nilai Budaya Masyarakat Desa: Kajian Etnografi Di Wang Kelian, Perlis. Ampang: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tian, Y. (2020). Mapping Suburbs Based on Spatial Interactions and Effect Analysis on Ecological Landscape Change: A Case Study of Jiangsu Province from 1998 to 2018 in Eastern China. Land, 9(5), 1-18. doi:10.3390/land9050159.
Viet, V. (2010). People’s Livelihoods in The Suburbs - A Case Study at a Community of Ho Chi Min City. International Journal of Environmental and Rural Development, 1(1), 19-24.