Pengaruh Kepimpinan Instruksional, Efikasi dan Tugas Rutin Pengetua Terhadap Pencapaian Akademik

  • Lee Bin Saat IPG Kampus Tun Abdul Razak
  • Shukri Zain Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: kepimpinan, kepimpinan instruksional, pendidikan, pencapaian akademik

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua serta pengaruhnya terhadap pencapaian akademik sekolah. Tiga instrumen telah digunakan untuk mengumpul data, iaitu Principal Instruction Management Rating Scale (PIMRS); Principals Sense Of Efficacy Scale (PSES); dan Tugas Rutin Pengetua. Semantara data pencapaian akademik sekolah merupakan keputusan peperiksaan SPM tahun 2011 yang diperoleh terus dari unit peperiksaan JPNS. Semua instrumen didapati mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dengan pekali alfa Cronbach secara keseluruhannya pada .94. Sebanyak 650 set soal selidik telah diedarkan kepada guru sekolah menengah dalam zon Selatan Sarawak, iaitu di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman serta Betong dan 91% daripadanya berjaya dipungut semula. Daripada jumlah tersebut, hanya 487 set sahaja diperoses setelah ianya didapati lengkap serta memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua adalah tinggi. Namun, tidak terdapat hubungan yang signifikan serta pengaruh yang jelas antara pemboleh ubah tersebut dengan pencapaian akademik sekolah. Ini menunjukkan bahawa faktor kepimpinan instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua bukanlah penentu mutlak kepada pencapaian akademik tanpa adanya sokongan daripada faktor-faktor lain. Namun, sub skala variabel kepimpinan instruksional iaitu menyelaras kurikulum (r=.123, p=.01) dan memberi insentif terhadap usaha guru (r=.094, p=.04) menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik sekolah, manakala tidak bagi sub skala efikasi dan tugas rutin pengetua. Justeru itu, para pengetua dicadangkan untuk melaksanakan pengupayaan, memperkemas hubungan interpersonal, mendelegasikan tugas serta berkolaboratif dengan sub-ordinatnya bagi memperolehi pencapaian akademik yang lebih positif. Bagi tujuan ini, mereka terlebih dahulu perlulah melengkapkan diri dengan menambah pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta keupayaan terkini berkaitan tugas sebagai pemimpin instruksional. Dengan kata lain, pengetua yang menjadi pemimpin di sekolah harus melengkapkan diri dengan keperluan semasa serta mengamalkan budaya kepemimpinan untuk keperluan (Leadership For a Needs).

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Shukor (2004). Ucap Tema: Kepimpinan unggul tonggak bidang pendidikan cemerlang. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12. Anjuran IAB, Genting Highlands, Pahang: 6-9 Disember.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Alig-Mielcarek, J.M (2003). A model of school success instructional leadership, academic press, and student achievement. Columbus, OH: Ohio State University. (atastalian): http://rave.ohiolink.edu/ etdc/view? acc%5Fnum=osu1054144000.

Alimuddin Mohd. Dom, 2006. Pengetua Dan Guru Besar Cemerlang. Titian: Sisipan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Utusan Malaysia: 30 November 2006.

Amin Senin (2005). Hubungan Pengurusan Profesional Sekolah dengan Model Pembangunan Profesional Guru serta Pengaruh terhadap Pengajaran Guru di Sekolah-Sekolah Menengah Sabah. Tesis Ph.D. Universiti Malaysia Sabah.

Ananda Kumar (2009). Penyelidikan dan SPSS (PASW). Kuala Lumpur: Pearson Pretice-Hall.

Azizan Khamis (2007). Sekolah Berkualiti Melalui Kepimpinan Instructional (atas talian): http://mpkk.org/modules.php?name=News&file=print&sid=4.

Azlin Norhaini Mansor (2006). Amalan Bidang Pengetua: Satu Kajian Kes. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Jabatan Asas Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bandura, A (2006). Guide for Constructing Self-Efficacy Scales. In F. Pajares & T. Udan. Self-Efficacy Beliefs of Adolescents. (Vol.5: 307-337). Greenwich, CT: Information Age Publishing.

Bandura, A. (1986). Social Foundations of Thought and Active: A social Cognitive Theory. New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Bettye G., Gary S., John D., & Felix S. (2010). A Principal’s Dilemma: Instructional Leadership or Manager. Academic Leadership Journal: Volume 8, Issue3. ISSN 1533-7812: http://www. academicleadership. org/518.

Bity Salwana Alias (2009). Analisis kompetensi, kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan pengetua dalam bidang pengurusan. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cheptet, P. (2008). Modeling of the Factors Affecting Mathematical Achievement of Form 1 Students in Botswana Based on the 2003 Trends in International Mathematics and Science Study. Tesis PhD (Abstrak), Indiana University. ATT 3319920.

Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan (Buku 1): Kaedah Penyelidikan. Selangor: The McGraw Hill. Companies.

Clark, M. A., Thompson, P., and Vialle,W. (2008).  Examining the Gender Gap in Educational Outcomes in Public Education: Involving Pre-service School Counsellors and Teachers in Cross-cultural and Interdisciplinary Research. International Journal for the Advancement of Counselling, 30, 52–66.

Clark, I. (2009). An Analysis of The Relationship Between K-5 Elementary School Teacher’s Perceptions of Principal Instructional Leadership and Their Science Teaching Efficacy. Ph.D. Desertation, The University of Minnesota, USA.

Diane Kettle, D.P.A. (2005). Self-Efficacy Development in School Leaders: An Alternate Paradigm. AASA Journal of Scholarship & Practice, 2: 3-6

DuPont, J. P., (2009). Teacher Perceptions of The Influence of Principal Instructional Leadership on School Culture: A Case Study of The American Embassy School In New Delhi, India. Ph.D. Dessertation. USA: University of Minnesota.

Fatimah Abdullah. (2009). Too Few School Leavers in Sarawak Further Their Studies. The Borneo Post. 23 July: 9.

Fook, C. Y. & Sidhu, G. K. (2004). Stail Kepimpinan dan Kepuasan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah, Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Frankel, J., & Wallen, N. (2004). How to design and evaluate research in education. Ed. ke- 6. New York: McGraw-Hill.

Frederick, B. W. (2007). The Effects of Teachers’ Perceptions of Principals Leadership Style, School Climate, and Job Satisfaction Level on Teacher Attrition in Tennessee Public Schools. Ph.D. Desertation, Unoin University.

Gay, L. R. & Airasian, P. (2003). Educational Research, competencies for Analysis and Application (7th Edition). New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Green, Frank N., Jr. (2008). Catholic school principals' perception of their self-efficacy and its relationship to student achievement. Ph.D. Dissertation. US: Virginia Commonwealth University.

Hallinger, P. (2005). Instructional Leadership and The School Principal: A passing Fancy that Refuses to Fade Away. Leadership and Policy in Schools. 4, 221-239.

Hallinger, P. (2008). Methodologies for Studying School Leadership:A Review of 25 years of Research Using thePrincipal Instructional Management Rating Scale. Paper presentation at the annual meeting of theAmerican Educational Research Association, New York.

Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Instructional Leadership and School Socio-Economic Status: A Preliminary Investigation. Administrator’s Notebook. 31(5), 1-4.

Hallinger, P., & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Education Leadership. 45(1), 54-62.

Hishammuddin Hussein (2005). Teks Ucapan Sempena Pelancaran Perayaan/Karnival 100 Tahun SK Bandar Raub dan Perasmian Bangunan Tambahan SK Bandar Raub. April 2005.

Hussein Mahmood (2008). Kepemimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

IAB, (2006). Standard Kompentensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting Highlands: IAB. Ishak Sin, 2003. Gaya Kepimpinan Transformasi Dan Pengajaran: Gaya Manakah Yang Diperlukan Oleh Pengetua. Jurnal Pengurusan Pendidikan. 13(1), 1-16.

Jabatan Perdana Menteri. (2010). Program Transformasi Kerajaan : Pelan Hala Tuju. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan. Putrajaya.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. (2012). Analisis keputusan SPM.

James Ang, & Balasandran Ramiah (2009). Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Pratikal. Kuala Lumpur: PTS Professional Pub. Sdn. Bhd.

Judy Reinhartz & Don M. Beach. (2004). Educational Leadership, Changing Schools, Changing Roles. New York: Pearson.

Julaihi Bujang. (2009). Ucap Utama: Pelancaran Mesyuarat Pelaksanaan Strategi/Macs Fasal II (2009-2011) Peringkat Negeri Sarawak. 16-18 Julai 2009 di Eastwood Valley Golf and Contry Club, Miri, Sarawak.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). http: www.emoe.gov.my

Keefe, J. & Jenkins, J. (1984). Instructional Leadership Handbook. Virginia: National Association of Secondary School Principals.

Leithwood, K. A. & Riehl, C. (2005). What we know about successful school leadership, dalam: Firestone, W. & Riehl, C. (Eds), A New Agenda: Direstions for Research on Educational Leadership. Teachers College Press: New York, NY, 22-47.

Lee Saat (2008). Peranan Guru Besar Sebagai Pemimpin Pengajaran Berdasarkan Pandangan Guru: Kajian di Sekolah Rendah Bahagian Samarahan, Sarawak. Tesis M.ed (tidak diterbitkan). Perak: UPSI.

Levine, A. (2005). Educating School Leaders. The Education School Project. Teacher’s College,  USA: New York City.

Maciel, R.G., (2005). Do Principals Make a Difference? An Analysis of Leadership Behaviors of Elementary Principals in Effective Schools. Tesis Ph.D, University of Texas-Pan American.

Maimunah Muda (2005). Kepemimpinan situasi di kalangan pengetua sekolah menengah di Malaysia. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Morrison, D. (2005). Principal Leadership Competencies in A Successful School Reform Effort. Doctoral Dissertation: Loyola University, Chicago.

Murphy, J. F., Halingger, P., Weil, M., & Mitman, A. (1984). Instructional Leadership: A Conceptual Framework. Education Digest. 28-31.

Najib Tun Razak (2009). National Key Results Area – NKRA:JPM. Dalam Bernama, 27 Julai.

Paris S., (2006). Effective Teaching and Learning Enviroments and Principal Self-Efficacy. Journal of Research for Educational Leader (JREL), 3, 4-23.

Pierce, J., & Newstrom, J. (2006). Leaders and the leadership process: reading, self-assessment and applications. New York : McGraw-Hill.

Shukri Zain (2011). Penyeliaan Pendidikan: Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn.Bhd.

Smith, D. (2009). An exploratory study of the relationship between elementary principals' perceptions of their leadership behaviors and the impact on one year of reading achievement scores. Disertasi Phd, Virginia Commonwealth University.

Sukarmin (2010). Hubungan Tingkah Laku Kepimpinan Pengajaran Guru Besar Dengan Keafiatan Sekolah, Komitmen Organisasi, Efikasi Dan Kepuasan Guru Sekolah Rendah. Tesis Ph.D. Universiti Utara Malaysia.

Southworth, G. (2002). Instructional leadership in schools: reflections and empirical evidence. School Leadership and Management 22(1), 73-91.

Tschannen-Moran, M., & Gareis, C. R. (2004). Principals' sense of efficacy and trust. Paper to be presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association. 12-16 April, San Diego, CA.

Yukl, G., (2008). Leadership in Organizations. (7th ed)). New Jersey. Prentice Hall International, Inc.
Published
2016-06-22
How to Cite
Bin Saat, L. and Zain, S. (2016) “Pengaruh Kepimpinan Instruksional, Efikasi dan Tugas Rutin Pengetua Terhadap Pencapaian Akademik”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(3), pp. 42 - 65. doi: 10.47405/mjssh.v1i3.17.
Section
Articles