Kajian Masalah Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar
Abstract
Pembelajaran matematik amat penting. Terdapat pelbagai punca kelemahan murid dalam mata pelajaran ini. Salah satu punca utama adalah kelemahan penguasaan konsep asas matematik. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka punca kelemahan pelajar sekolah rendah luar bandar dalam mata pelajaran matematik. Metod kajian menggunakan analisis dokumen skrip jawapan pelajar dalam matematik dan temu bual separa berstruktur dengan guru pakar matematik. Dapatan kajian menunjukkan punca kelemahan pelajar adalah kerana tidak menguasai konsep asas matematik yang merangkumi keseluruhan komponen dalam pembelajaran matematik. Pengagihan soalan matematik dalam taksonomi Bloom lebih menyukarkan pelajar menguasai matematik. Kombinasi soalan matematik yang merangkumi keseluruhan tajuk dalam silibus mengakibatkan keciciran dalam keseluruhan tajuk utama pembelajaran. Tinjauan daripada guru pakar juga mendapati pandangan yang sama dalam pembelajaran matematik. Dapatan kajian menunjukkan tumpuan utama perlu diberikan kepada kefahaman konsep asas dan mempelbagaikan pendekatan pembelajaran matematik. Ini penting untuk membolehkan masalah keciciran dalam mata pelajaran matematik boleh dikurangkan pada masa hadapan.
Downloads
References
Alavi, K., Sail, R. M., Mutalib, L. A., Ahmad, A., Trajo, S. S., & Razak, N. E. A. (2012). Kecerdasan Sosial Dan Emosi Guru Cemerlang Pendidikan Islam Dalam Meningkatkan Prestasi Pelajar. e-BANGI, 7(1), 94-104.
Baharudin, O., Kamarulzaman, K., & Nordin, M. (2002). Faktor kecemerlangan dan kemunduran pelajar di sekolah menengah dalam matematik : satu kajian tinjauan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik 2002, Tanjung Malim, Perak, 2002, Ms. 70-75.
Harskamp, E., & Suhre, C. (2007). Schoenfeld’s problem solving theory in a student controlled learning environment. Computers and Education, 49(3), 822–839. doi:10.1016/j.compedu.2005.11.024
Ismail, H., & Hamzu, N., N. (2020). Pengintegrasian KBAT dalam Pengajaran Matematik semasa Praktikum dalam Kalangan Bakal Guru Sekolah Rendah: Integration of HOTS in Mathematics Teaching during Practices in Primary Schools. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 19(1), 80-89.
Kassim, N., & Zakaria, E. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. In Prosiding Seminar Education Graduate Regional Conference (pp. 60-67). Medan: Unimed Press.
Lim, B. T. (2000). Penyelidikan mengenai jenis kesilapan dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat bagi pelajar tingkatan dua. [Unpublished bachelor thesis], Universiti Teknologi Malaysia.
Loh, S. C., Habibah Elias, Sharifah Mohd Nor, Rahil Mahyuddin, and Jegak Uli. (2004). Effects of strategy instruction and attribution retraining on students academic achievement. Journal of Educational Research, 24, 83-91.
Miller, S. P. dan Mercer C. D. (1997). Educational aspects of mathematics disabilities. Journal of learning of disabilities. 30 (1); 47-56.
Mohd. Zaki Ishak & Narawi Abu Bakar (2019). “Keberkesanan Model Responseto-Intervention (RTI) dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat Pelajar Sekolah Rendah”, Borneo International Journal of Education, Vol. 1 (December, 2019), 57 – 74.
Seliaman, N., & Dollah, M. U. (2018). Pengajaran matematik sekolah rendah menggunakan pendekatan kontekstual: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 8(1), 74-81.
Subahan Mohd Meerah. (1999). Strategi Pengajaran Untuk Meningkat Prestasi Sains Dan Matematik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik. Anjuran Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yoong, Y. Q., & Nasri, N. M. (2021). Analisis Kesilapan Newman Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 373-380.
Zainuddin Abu Bakar & Mohd Rashidi Bin Mat Jalil (2010). Keberkesanan Kaedah petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing, Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti teknologi Malaysia.
Zarinah Arshat & Rozumah, (2011). Perkaitan antara faktor status sosioekonomi dan kualiti tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko, Jurnal Kemanusiaan, 17, Universiti Teknologi Malaysia, 57-65.