Penggunaan Modul dalam Meningkatkan Penguasaan Makhraj Huruf Hijaiyah Murid Tahun 1
Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan bagi meningkatkan penguasaan makhraj huruf hijaiyah bagi murid Tahun 1 dengan menggunakan modul huruf hijaiyah. Pembinaan Modul ini berpandukan Buku Teks Bahasa Arab Tahun 1 dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Arab Tahun 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan membina Modul Huruf Hijaiyah dan menilai keberkesanan modul tersebut. Kajian ini ialah suatu kajian tindakan (action research) dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk kajian tindakan digunakan kerana ianya dapat mengatasi masalah yang berlaku pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu Modul Huruf Hijaiyah yang dijalankan dalam beberapa fasa gelung kajian tindakan untuk mencapai matlamat pembelajaran subjek Bahasa Arab Tahun 1. Responden kajian ini terdiri daripada 38 orang murid tahun 1 yang bersekolah di sebuah sekolah rendah dalam daerah Petaling Perdana, Selangor. Responden terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Data dikumpulkan dengan menggunakan teknik pemerhatian dan rakaman video. Manakala instrumen ujian pra dan ujian pasca telah digunakan untuk menilai keberkesanan Modul Huruf Hijaiyah melalui perbandingan pencapaian murid dalam menyebut makhraj huruf hijaiyah Bahasa Arab sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Analisis data dinilai dengan statistik deskriptif seperti min, peratus dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati penguasaan makhraj huruf hijaiyah murid tahun satu meningkat dengan adanya bahan bantu mengajar berupa modul. Murid juga lebih yakin dan bersemangat kerana ada bahan rujukan yang boleh mereka gunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Downloads
References
Bassiouney, R. E. Graham, K. (2012). Arabic Language and Linguistics. Penerbit: Georgetown University Press.
Buku Manual Kajian Tindakan. (2008). https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/penyelidikan/kajian/1376-manualkajian/file
Comrie, B. (2009). The World’s Major Languages. London, U.K.: Routledge.
Faizal, M. Zarul, A. Shazrah, N. & Elham, F. (2017). Cabaran Pelaksanaan Program Intervensi Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Rendah Agama Swasta: Satu Kajian Awal. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 5(2), 66-84.
Husin, K. H. (2015). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Iberahim, A. R. Mahamod, Z. & Mohammad, W. M. R. W. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah (21th Century Learning and the influence of attitude, motivation and achievements Malay Language Secondary School Student). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77-88.
Kamarulzaman, W. Hashim, R. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Unity among students. SSRN Electronic Journal. https://doi.org/10.2139/ssrn.2302609
Kemmis, S., & McTaggart, R. (1998). The Nature of Action Research. The Action Research Planner. Victoria: Deakin University.
Ku, F. Najwa, H. Rashida, F. N. & Wazzainab. (2019). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Wal Qiraat. Journal of Social Sciences and Humanities, 16(2), 1-15.
Lestari, R. (2012). Nyanyian Sebagai Metode Pendidikan Karakter Pada Anak. Prosiding Seminar Nasional PsikologiIslami. Surakarta. 131-136.
Malaysia, K.P. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Mustari, M. I. Jasmi, K. A. Muhammad, A. & Yahya, R. (2012). Model Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab. Conference: International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012].
Pantun, R. (2016). Penggunaan teknik nyanyian dalam meningkatkan kefahaman murid tahun dua dalam topik pembundaran. Proceedings of the ICECRS, 1(1), v1i1-541.
Ramli, N. A. (2016). Penguasaan Pelajar Peringkat Asas Dalam Mendiskriminasikan Pasangan Minimal Bunyi Huruf Arab. [Disertasi sarjana yang tidak diterbitkan. Selangor : Universiti Putra Malaysia].
Sahrir, M. S. (2015). Bahasa Arab tembusi pengajian formal di sekolah, universiti. Berita Harian, https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/09/83907/bahasa-arab-tembusi-pengajian-formal-di-sekolah-universiti
Shuheb, M. A. (2016). Kompetensi Guru Bahasa Arab Dalam Pembentukan Karakter Siswa Di Madrasah Aliyah Salafiyah Kajen Pati. Tesis Sarjana, Uin Sunan Kalijaga Yogyakarta.
Subali, M. Andriansyah, M. & Sinambela, C. (2015). Pengucapan Makhraj dari Unit Bunyi Terkecil Huruf Hijaiyah Berdasarkan Frekuensi Dasar dan Frekuensi Formant untuk Media Pembelajaran Membaca Alquran. Al Qalam, 32(2), 284-308.
Tan, C. K. dan Carol, A. (2013). Pengaplikasian Video Youtube: Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. Universiti Malaysia Sabah.
Zaini, A. R. Zakaria, N. Hamdan, H. Ghazali, M. R. & Ismail, M. R. (2019). Pengajaran Bahasa Arab Di Malaysia: Permasalahan Dan Cabaran. Jurnal Pengajian Islam, 12(1), 47-57.