Amalan Komunikasi Nonverbal Guru Bahasa Arab: Satu Kajian Kepustakaan

  • Mohd Ishak Shairazi Mohd Sauzi Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Nik Rahimi Nik Yusoff Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Komunikasi bukan lisan (KBL), Pembelajaran bahasa Arab, Bahasa badan

Abstract

Komunikasi bukan lisan (KBL) merupakan salah satu interaksi yang digunakan oleh masyarakat sejak dahulu lagi, tidak terkecuali dalam sesi pembelajaran. KBL yang digunakan oleh guru-guru dalam pembelajaran bahasa Arab adalah tumpuan kajian kepustakaan ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan KBL oleh guru-guru bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara atribut KBL adalah seperti gerak isyarat, bahasa tubuh, mimik muka, nada suara tanpa perkataan dan banyak lagi. Kajian keperpustakaan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap KBL guru bahasa Arab. Kajian ini juga telah menggunakan tiga pangkalan data iaitu Google Scholar, Academia.edu dan ResearchGate untuk mencari artikel. Hanya artikel yang diterbitkan pada tahun 2017 hingga 2021 yang dicari pengkaji. Pencarian artikel pula menggunakan kata kunci dari tajuk “Amalan Komunikasi Nonverbal Guru Bahasa Arab” dan “Nonverbal Communication in Arabic Classroom”. Hanya 7 artikel yang relevan dianalisis daripada 793 artikel yang berkaitan dengan KBL guru bahasa Arab. Dapatan menunjukkan KBL berkesan dalam mewujudkan suasana pembelajaran positif dan pelajar juga menunjukkan persepsi positif terhadap amalan KBL guru bahasa Arab. Penggunaan KBL yang diselaraskan dengan komunikasi verbal dipercayai akan meningkatkan lagi tahap pemahaman pelajar dalam mata pelajaran bahasa Arab.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Altay, I. F. & Karaazmak, F. (2018). The Evaluation of Instructors’ Views on the Use of Semiotics in English Classrooms. Journal of Language and Linguistic Studies, 14(4), 63-73. https://dergipark.org.tr/en/download/article-file/650743

Asrar, Z., Tariq, N., & Rashid, H. (2018). The Impact of Communication Between Teachers and Students: A Case of Study of the Faculty of Management Sciences, University of Karachi, Pakistan. European Scientific Journal, 14(16),32-39. http://dx.doi.org/10.19044/esj.2018.v14n16p32

Bambaeeroo, F., & Shokrpour, N. (2017). The impact of the teachers' non-verbal communication on success in teaching. Journal of advances in medical education & professionalism, 5(2), 51–59.

Hall, J. A., Horgan, T. G., & Murphy, N. A. (2019). Nonverbal communication. Annual review of Psychology, 70, 271-294.

Irungu, M. N., Nyagah, G. & Mugambi, M. (2019). Learner-teacher Non-verbal Interaction Effect on Academic Achievement of Learners in Chemistry. African Educational Research Journal, 7(2), pp. 88-96.10.30918/AERJ.72.19.019

Ismail, Z., Haliah, N., Md Saad, R. & Mohamed, M. F. (2018). The Relationship between Teachers’ Nonverbal Communication Practice, Students’ Attitude and Motivation. Herald NAMSCA 2018, 531-536.

Ismail, Z., Halias, N., Md Saad, R. & Mohamed, M. F. (2020). Motivation as the Mediator in Relationship between Non-verbal Communication of Arabic Language Teachers and Student Learning Outcomes. Universal Journal of Educational Research, 8(2), 700 - 708.

Jamali, H. N. & Shaharuddin, H. N. (2019). Analisis Persepsi Pelajar Melayu Terhadap Amalan Komunikasi Bukan Lisan dalam Kelas Pembelajaran Bahasa Kedua. Jurnal Melayu, 18(2), 244-255.

Jamali, H. N., Shaharuddin, H. N., Abu Bakar, H. R., Nordin, F. N. A. & Abu Bakar, N. K. (2019). Analisis Tahap Amalan Komunikasi Non-verbal Guru Bahasa Arab melalui Bahasa Badan di IPT. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 138-145.

Othman, M. A., Ismail, Z., Che, M. Z. & Ab Majid, M. R. (2020). Non-verbal Communication and Its Effectiveness on Teaching and Learning Arabic Language. Journal of Critical Reviews, 7(9), 21-25.10.31838/jcr.07.09.04

Published
2022-03-10
How to Cite
Mohd Sauzi, M. I. S. and Nik Yusoff, N. R. (2022) “Amalan Komunikasi Nonverbal Guru Bahasa Arab: Satu Kajian Kepustakaan”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), p. e001389. doi: 10.47405/mjssh.v7i3.1389.
Section
Articles