Autoritarianisme Perbandingan: China dan Malaysia dalam Politik Covid-19
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat strategi yang diguna pakai oleh dua negara autoritarian yang berbeza dari segi prinsipnya iaitu China dan Malaysia semasa berhadapan dengan pandemik global Covid-19. Ia dihujahkan bahawa sistem asas politik dan kerajaan di dalam sesuatu negara itu adalah pemangkin utama yang signifikan di dalam langkah untuk membendung wabak Covid-19. Diistilahkan sebagai negara yang mempraktikkan sistem autoritarianisme berskala penuh, China dilihat lebih terkehadapan dan sistematik berbanding negara-negara maju yang lain dalam usaha untuk mengekang pandemik tersebut daripada merebak sepenuhnya. Meskipun terdapat beberapa kekangan utama dalam konteks antarabangsa seperti kritikan dan perkelahian dingin yang melibatkan kuasa besar dan organisasi antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) namun pentadbiran Xi Jinping berupaya mengubah naratif pandemik Covid-19 di negara sosialis itu. Manakala rejim bersifat semi-autoritarian seperti Malaysia pula dilihat masih lagi terperangkap dan bergelut dengan politik dalaman dan pada akhirnya mengakibatkan negara tersebut menyaksikan penularan wabak itu dalam bentuk gelombang ketiga. Kajian ini juga berhujah bahawa sistem politik rejim autoritarian berskala penuh dilihat lebih menekankan perincian yang tertentu terutama sekali apabila kuasa politik itu dipusatkan sepenuhnya maka perubahan dasar dapat direalisasikan dalam jangka waktu yang singkat dan rejim hybrid atau semi-autoritarian pula lebih terikat dengan desentralisasi kuasa yang pada akhirnya akan menjadikan taburan kuasa politik itu lebih berkecamuk dan konflik dalaman yang tidak dapat dielakkan.
Downloads
References
Azmel, Tayeb. (2020). Malaysia in 2020: Fragile Coalitional Politics and Democratic Regression. Asian Survey, 61(1), 99-105.
Barrington, L. (2010). Comparative Politics: Structures & Choices. Boston: Wadsworth.
BBC News. (2020). China pneumonia outbreak: Mystery virus probed in Wuhan. 3 Januari. Diperoleh daripada https://www.bbc.com/news/world-asia-china-50984025
BBC News. (2020b). Coronavirus: China reports no Covid-19 deaths for first time. 7 April. Diperoleh daripada https://www.bbc.com/news/world-asia-china-52195034
Berita Harian. (2020). China bina hospital kedua rawat pesakit coronavirus. 25 Januari. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/01/649938/china-bina-hospital-kedua-rawat-pesakit-coronavirus
Berita Harian. (2020b). COVID-19: AS, China saling berbalah. 17 Mac. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/03/666127/covid-19-china-saling-berbalah
Case, W. (1993). Semi-Democracy in Malaysia: Withstanding the Pressures for Regime Change. Pacific Affairs, 66(2), 183-205.
Case, W. (2001). Malaysia’s Resilient Pseudodemocracy. Journal of Democracy, 12(1), 43-57.
Diamond, L. (2002). Thinking About Hybrid Regimes. Journal of Democracy, 13(2), 21-35.
Free Malaysia Today. (2020). Boleh capai 0 kes Covid-19 tengah Julai jika terus patuh SOP, kata Hisham. 24 Jun. Diperoleh daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/24/boleh-capai-0-kes-covid-19-tengah-julai-jika-terus-patuh-sop-kata-hisham/
Hall, S.G.F & Ambrosio, T. (2017). Authoritarian Learning: A Conceptual Overview. East European Politics, 33(2), 143-161.
Jian, R. (1990). Does China Need an Authoritarian Political System in the Course of Modernization? Chinese Sociology & Anthropology, 23(2), 46-68.
Levitsky, S. & Way, L. (2002). The Rise of Competitive Authoritarianism. Journal of Democracy, 13(2), 51-65.
Levitsky, S. & Way, L.A. (2010). Competitive Authoritarianism: Hybrid Regimes After The Cold War. Cambridge: Cambridge University Press.
Lim, J. T., Maung, K., Tan, S. T. et al. (2021). Estimating Direct and Spill-Over Impacts of Political Elections on Covid-19 Transmission Using Synthetic Control Methods. PLOS Computational Biology, 17(5), 1-15.
MacKinnon, R. (2011). China’s “Networked Authoritarianism”. Journal of Democracy, 22(2), 32-46.
Martinez, C. (2020). Karl Marx In Wuhan: How Chinese Socialism Is Defeating Covid-19. International Critical Thought, 10(2), 311-322.
Means, G.P. (1996). Soft Authoritarianism in Malaysia and Singapore. Journal of Democracy, 7(4), 103-117.
Ottaway, M. (2003). Democracy Challenged: The Rise of Semi-Authoritarianism. Washington, DC: Carnegie Endowment for International Peace.
Reuters. (2020). China probably saved hundreds of thousands of coronavirus cases-WHO. 24 Februari. Diperoleh daripada https://www.reuters.com/article/china-health-who-medical-idUSL3N2AO2MY
Schedler, A. (2002). The Menu of Manipulation, Journal of Democracy, 13(2), 36-50.
Serina Rahman. (2021). Malaysia’s Third Covid-19 Wave. 27 Januari. ISEAS: Yusof Ishak Institute. Diperoleh daripada https://www.iseas.edu.sg/media/commentaries/malaysias-third-covid-19-wave/
Sinar Harian. (2020). Lapan negeri catat sifar kes baharu Covid-19. 20 April. Diperoleh daripada https://www.sinarharian.com.my/article/79695/KHAS/Covid-19/Lapan-negeri-catat-sifar-kes-baharu-Covid-19
The Washington Post. (2020). Timeline: The 201 times Trump has downplayed the coronavirus threat. 3 November. Diperoleh daripada https://www.washingtonpost.com/politics/2020/03/12/trump-coronavirus-timeline/
Zhao, D. (2001). China’s Prolonged Stability and Political Future: Same Political System, Different Policies and Methods. Journal of Contemporary China, 10(28), 427-444.