Hubungan Antara Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Indeks Jisim Badan Murid Perempuan Semasa Pandemik Covid-19

  • Noraziera Abdul Aziz Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Mohd Radzani Abd Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Erwan Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Aktiviti fizika, BMI, Murid sekolah menengah, COVID-19

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap BMI murid perempuan sekolah luar bandar di daerah Rembau, Negeri Sembilan semasa wabak pandemik COVID-19. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) oleh (WHO, 2002) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. Populasi kajian adalah dalam kalangan murid yang berusia 16 hingga 17 tahun dan jumlah sampel kajian seramai 312 orang murid. Dapatan kajian mendapati tahap penglibatan aktiviti fizikal murid perempuan adalah diklasifikasikan sebagai aktif. Tahap BMI pula menunjukkan bahawa murid berada dalam kategori berat badan normal iaitu 69.2% dengan min = 21.56kgm-2. Hasil ujian korelasi pearson pula mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap BMI dalam kalangan murid iaitu r = 0.019; p > 0.05 = 0.732. Keseluruhannya, penglibatan aktiviti fizikal murid perempuan sekolah menengah luar bandar di daerah Rembau tidak memberikan kesan terhadap tahap BMI semasa pandemik COVID-19. Penglibatan awal murid dalam aktiviti fizikal adalah salah satu komponen yang penting dalam memperoleh kesihatan yang baik dan mengelakkan diri daripada mendapat risiko penyakit tidak berjangkit. Pihak sekolah dan guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu merangka program yang boleh menarik minat murid dalam melibatkan diri lebih aktif dalam aktiviti fizikal semasa pandemik COVID-19 ini.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Amirulhadi Mohamad & Mohd Radzani Abdul Razak. (2018). Kelaziman Lebihan Berat Badan Dan Obesiti Di Kalangan Pelajar Di Sebuah Sekolah Rendah Di Bandar Selayang, Selangor. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan 2018. Diperoleh daripada http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2018/08/27.amirulhadi.pdf

Bouchard, C. (1990). Physical activity, fitness and health. The model and key concepts. Consensus statement.

Carlos, N., Visalini, N., Sam, E., Freddy, S., & Adrian, B., (2018). Physical activity, obesity and sedentary behaviour and the risks of colon and rectal cancers in the 45 and up study. BMC Health, 18(325). https://doi.org/10.1186/s12889-018-5225-z

Cheval, B., Sivaramakrishnan, H. & Maltagliati, S. (2020). Relationships between changes in self resported physical activity and sedentary behaviours and health during the coronavirus (COVID-19) pandemic in France and Switzerland. J Sports Sci., 39(6):699-704. doi: 10.1080/02640414.2020.1841396

Darren E.R. Warburton, Crystal W.N., Shannon S.D. (2006). Health benefits of physical activity : the evidence. CMAJ, 174(6), 801-809 doi: 10.1503/cmaj.051351

Fhareez Ridzuan Abdullah, Mohd Radzani Abd Razak, & Erwan Ismail. (2021). Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal Dan Indeks Jisim Badan Murid Melanau. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1),355–360. Diperoleh daripada https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12589

Haslina Kamis, Azwan Ahmad Tajri, Erwan Ismail & Mohd Radzani Abdul Razak. (2017). Corak Aktiviti Fizikal dan Hubungannya dengan Obesiti dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah di Felda. Journal of Education and Social Sciences, 6(2), 309-317. Diperoleh daripada https://www.jesoc.com/wp-content/uploads/2017/06/KC6_87.pdf

Jabatan Perangkaan Maysia. (2017). Siaran Akhbar Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2016-2017.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Selangor : Dawama Sdn. Bhd.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2018, September 4). Satu daripada dua rakyat... - KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Facebook.com. https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/satu-daripada-dua-rakyat-malaysia-obesmasalah-obesiti-dan-penyakit-penyakit-tida/10155528295376237/

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308

Nebojsa Budakov, Darijo Bokan, Dušica Rakić, & Dalibor Bokan. (2012). Body mass index and physical activity of students of University of Novi Sad. ResearchGate; South Eastern Europe Health Sciences Journal (SEEHSJ), Volume 2.

Nurulhuda Amirah Mohd Zaki & Tajul Arifin Muhamad. (2021). Motivasi dan Tahap Aktiviti Fizikal Semasa COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 109 - 120. Diperoleh daripada https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.963

Nurul Diyana Sanuddin & Ahmad Hashim. (2017). Kesahan Kandungan Instrumen Penilaian Minat Terhadap Aktiviti Fizikal. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 6(2), 45-54.

Olumfunmilola, Wilna Oldewage & Abdul Egal. (2021). Prevalence of overweight and obesity among selected schoolchildren and adolescents in Cofimvaba, South Afrika. South African Journal of Clinical Nutrition, 34(3), 97–102 Diperoleh daripada https://doi.org/10.1080/16070658.2020.1733305

Sabahriah Yusof, Mohd Radzani Abd Razak, & Erwan Ismail. (2021). Hubungan antara Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Kecergasan Fizikal Semasa Pandemik COVID-19 dalam kalangan Pelajar Kolej Profesional MARA. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 38–45.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 : Penyakit tidak berjangkit, permintaan jagaan kesihatan dan literasi kesihatan.

Ward, D. S., Dowda, M., Trost, S. G., Felton, G. M., Dishman, R. K., & Pate, R. R. (2006). Physical Activity Correlates in Adolescent Girls Who Differ by Weight Status*. Obesity, 14(1), 97–105. https://doi.org/10.1038/oby.2006.12

World Health Organization (WHO). (2002). Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ): Analysis Guide. Geneva : World Health Organization. Diperoleh daripada www.who.int/chp/steps

World Health Organization (WHO). (2020). Physical activity. Diperoleh daripada https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/physical-activity

World Health Organization: WHO. (2020). Obesity and overweight. Who.int; World Health Organization: WHO. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/obesity-and-overweight

Published
2022-03-10
How to Cite
Aziz, N. A., Abd Razak, M. R. and Ismail, E. (2022) “Hubungan Antara Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dengan Tahap Indeks Jisim Badan Murid Perempuan Semasa Pandemik Covid-19”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), p. e001325. doi: 10.47405/mjssh.v7i3.1325.
Section
Articles