Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pembelajaran Abad ke-21 Guru Matematik Sekolah Menengah menggunakan Model Pengukuran Rasch
Abstract
Pembelajaran abad ke-21 (PAK21) merupakan antara fenomena pendidikan paling popular di Malaysia pada hari ini. Bagi menempuh era pembelajaran abad ke-21, guru matematik perlu mencari pendekatan baharu agar generasi Z mampu menghadapi cabaran Revolusi Industri ke-4 di samping teguh dengan nilai dan ciri kerohanian serta mampu mengekalkan identiti nasional. Instrumen yang sering diguna pakai untuk mengukur pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 guru adalah 21st Century Teaching and Learning Survey (21CTLS). Instrumen ini telah diguna pakai secara piawai di kebanyakan negara di seluruh dunia. Bagaimanapun, penyelidikan berkaitan PAK21 guru matematik sekolah menengah masih terhad. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengadaptasi instrumen 21CTLS mengikut konteks kajian dan seterusnya menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen PAK21 yang ditadbir ke atas 100 orang guru matematik sekolah menengah di negeri Sabah. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen PAK21 ditentukan menggunakan Model Pengukuran Rasch melalui perisian Winstep. Dari sudut kebolehpercayaan, indeks kebolehpercayaan item menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.93 manakala indeks kebolehpercayaan responden adalah 0.88. Kesahan kandungan dan konstruk menunjukkan instrumen PAK21 adalah sesuai dalam mengukur PAK21 guru matematik sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan bahawa instrumen PAK21 mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 guru matematik sekolah menengah.
Downloads
References
Abdul Aziz, A., Jusoh, M.S., Omar, A.R., Amlus, M.H. & Awang Salleh, T.S. (2014). Construct Validity: A Rasch Measurement Model Approaches. J. Appl. Sci. & Agric., 9(12), 7–12.
Ahmad, Syahrul Ahmar & Yoke, Soo & Yunos, Rahimah & Mohd Amin, Juyati. (2019). Exploring Lecturers’ Readiness for 21st Century Education in Malaysian Higher Learning Institutions. European Journal of Teaching and Education. 1.15-29. 10.33422/EJTE.2019.10.27.
European Journal of Teaching and Education
Amatan, M. A. & Han, C. G. K. (2019). Pengaruh Persekitaran Psikososial Sekolah dan Efikasi Kendiri Guru Terhadap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal of Education, Psychology and Counseling, Counseling, 4(32), 301-331.
Amin, J. N. (2016). Redefining the role of teachers in the digital era. The International Journal of Indian Psychology, 3(6), 40–45.
Babbie, E. R. (2001). The Practice of Social Research. 9th ed. Wadsworth Thompson Learning.
Badrul Hisham Alang Osman, & Mohd Nasruddin Basar. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 dalam Kalangan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10, 1–23.
Balbinotti, M. A. A., Benetti, C., & Terra, P. R. S. (2006). Translation and Validation of the Graham-Harvey Survey for the Brazilian Context. International Journal of Managerial Finance. 3(1), 26-48.
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human sciences. (2nd). Lawrence Erlbaum.
Bond, T. G. & Fox, C. M. (2015). Applying The Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Science. 3nd ed. Lawrence Erlbaum.
Boone, W. J. & Noltemeyer, A. (2017). Rasch analysis: A primer for school psychology researchers and practitioners. Cogent Education, 4(1), 1–13.
Boone, W. J. (2016). Rasch Analysis for Instrument Development: Why, When, and How? CBE -Life Sciences Education, 15(4), rm4. doi: 10.1187/cbe.16-04-0148.
Boone, W. J., Staver, J. R., & Yale, M. S. (2014). Rasch Analysis in the Human Sciences. Springer.
Chan, S. W., Zaleha Ismail & Sumintono, B. (2014). A Rasch Model Analysis on Secondary Students’ Statistical Reasoning Ability in Descriptive Statistics. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 129, 133–139.
Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin, & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 (1st ed.). Sasbadi.
Ghazali Darusalam, & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Penerbit Universiti Malaya.
Jacob, C. L., & Ary, D. (1990). Introduction to Research in Education. Harcourt Brance Collage.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. https://www.moe.gov.my/dasar/1196-buku-dasar-kpm/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Laporan Tahunan 2018. https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/pppm-2013-2025-pendidikan-prasekolah-hingga-lepas-menengah/laporan-tahunan-2018/3283-laporan-tahunan-bm/file
Lian, A. & Pineda M.V. (2014). Rhizomatic Learning: “As… When… and If…” A Strategy for The ASEAN Community in 21st Century. Beyond Words: a journal on language education, applied linguistics and curriculum & instruction. 2. 1-27.
Linacre, J. M. (2002). Optimizing rating scale category effectiveness. J Appl Meas, 3(1), 85‒106.
Linacre, J. M. (2007). A User’s Guide to WINSTEPS Rasch-model Computer Programs. Chicago, Illinois: MEsA Press. Linacre, J.M. 1999. Estimation methods for Rasch measures. Journal of Outcome Measurement, 3, 382-405.
Mashira Yahaya, Rsyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman, Khairul Anuar Bahrain. (2019). Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru-Guru Sekolah Rendah. Jurnal IPDA Bil. 26
Masyuniza, Yunos. (2015). Hubungan Sikap Dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ), 5(2), 22-30.
Mohd Rusdin, N., & Ali, S. R. (2019). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, 87–105.
Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nurzarina Amran & Roslinda Rosli. (2017). Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad Ke-21. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Komunikasi.
Olsen, L. W. (2003). Essays on George Rasch and his Contributions to Statistics (Unpublished PhD Thesis). University of Copenhagen.
Pavlovic, D., & Petrovic, Z. S. (2017). Potentials and limitations of the internet use in the learning process. Bulgarian Journal of Science and Education Policy, 11(2), 220–232.
Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad ke-21 dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal, 1(1), 45-65.
Rajanthran, N., & Zainul, N. (2020). Exploring Malaysian Polytechnic Lecturers’ Readiness in Embracing 21st Century Education: An Institutional Case Study. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 1(3), 1-7.
Ravitz, J. (2014). A Survey for Measuring 21st Century Teaching and Learning: West Virginia 21st Century Teaching and Learning Survey [WVDE-CIS-28].
Rohani M.M Yusoff, Ahmad Shaharil Jamaludin & Abda Hamida D.Abdul Hameed. (2015). Tahap Kesediaan Pelajar dalam Penggunaan Teknologi, Pedagogi, dan Kandungan (TPACK) dalam Pembelajaran Kurikulum di IPT. Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science AICS (2015), 12 - 13 October 2015, Penang, Malaysia. (e-ISBN 978-967 0792-06-4)
Saavedra, A. R., & Darleen Opfer, V. (2012). Learning 21st-century skills requires 21st century teaching. Phi Delta Kappan, 94(2), 8–13. https://doi.org/10.1177/003172171209400203
Sekaran, U., & Bougie, R. (2009). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. (5th ed.). John Wiley & Sons.
Siti Rahayah Ariffin, Bishanani Omara, Anita Isaa & Sharida Sharif. (2010). Validity and Reliability Multiple Intelligent Item Using Rasch Measurement Mode. Procedia Social and Behavioral Sciences, 9, 729–733.
Sumintono, B. & Widhiarso, W. (2015). Aplikasi Pemodelan Rasch Pada Assessment Pendidikan. Trim Komunikata Publishing House.
Zamalia Mahmud & Potter, A. L. (2015). Using Rasch analysis to explore what students learn about probability concept. Indonesian Mathematical Society Journal on Mathematics Education, 6(1), 1–11.