Aliran Fabian dalam Gerakan Politik di Malaysia (1952-1970): Suatu Tinjauan Awal daripada Perspektif Sejarah
Abstract
Fabian Society merupakan satu bentuk kumpulan aliran pemikiran yang diasaskan oleh sekelompok intelektual dan pelajar-pelajar di London School of Economics (LSE), United Kingdom pada akhir abad ke-19. Aliran Fabian ini merupakan sebahagian manifestasi baru ideologi sosialis di United Kingdom semasa itu melalui peranan Parti Buruh. Selepas perang dunia kedua, pengaruh aliran tersebut mula berkembang luas di Tanah Melayu melalui pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan tinggi di sana. Perkembangan tersebut telah membawa bentuk idealisme politik baru berdasarkan orientasi sosial- demokrat yang mementingkan perjuangan kelas dan isu sivil di Tanah Melayu. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan meneliti secara objektif-deskriptif pengaruh aliran Fabian dalam perkembangan politik di Malaysia sepanjang tahun 1952 sehingga 1970. Dengan menggunakan pendekatan reconstructionist sejarah, analisis perbincangan dikembangkan berdasarkan penggunaan sumber pertama sebagai asas hujah. Dapatan kajian mendapati pengaruh aliran Fabian berkembang di Tanah Melayu melalui peranan golongan intelektual-progresif aliran sosialis sepanjang tempoh kajian. Perkembangan ini tidak hanya melibatkan gerakan buruh dan parti-parti politik aliran kiri seperti Malayan Democratic Union (MDU) dan Parti Buruh Malaya, tetapi turut mempengaruhi gerakan pelajar di universiti melalui Kelab Sosialis Universiti Malaya di Singapura sekitar tahun 1950-an dan pertubuhan-pertubuhan pelajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1960-an. Malahan, pada masa yang sama golongan progresif Fabian ini menyerap masuk dalam kelompok aliran konservatif-kanan melalui penglibatan mereka secara langsung dalam UMNO dan rejim Perikatan semasa itu. Secara langsung ini dapat membuktikan satu sisi yang berbeza tentang peranan aliran sosialis melalui golongan Fabian dalam perkembangan politik dan demokrasi di Malaysia.
Downloads
References
Cheah, B. K. (2006). The Left wing movement in Malaya, Singapore and Borneo in the 1960s: an era of hope or devil decade?. Inter-Asia Cultural Studies 7(4): 634-649.
Cheah, B. K. (2008). Malaysia: The Making of a Nation. Singapore: Institue Southeast Asian Studies.
Cheah, B. K. (2012). Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941-46. 6th edition. Singapore National University of Singapore.
CO 1022/196 Activities of Malayan Forum.
CO 1022/197 Political Activities among Malayan Students in the United Kingdom.
CO 1030/361 Arrest under sedition legislation in Singapore.
CO 537/4783 Federation of Malaya Political Report,1949. Secret
CO 717/163 Correspondence between the High Commissioner. Federated Malay States and theSecretary of State for the Colonies, 1946-1950.
Cole, G. D. H. (1943). Fabian Socialism. London: Allen and Unwin.
Comber, L. (2008). Malaya’s Secret Police 1945-60: The Role of the Special Branch in the Malayan Emergency. Victoria: Monash University Press.
Dominic, P. & Jomo, K. S. ed. (1998). No Cowardly Past-Writings, Poems, Commentaries. Kuala Lumur: INSAN.
FCO 24/812 Records of the Foreign and Commonwealth office Political Development in Malaysia. The Report of the Commission on University Education in Malaya, 1948.
Firdaus Abdullah. (1985). Radical Malays Politics: Its Origins and Early Development. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Horowitz, D. L. (1985). Etnics Groups in Conflict. Berkeley: University of California Press. Hassan Karim dan Siti Nor Hamid. 1985. With the People: The Student Movements, 1967-1974. Petaling Jaya: INSAN.
Ishak Saat. (2011). Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Penerbit USM. Kumar, Ramakrishna. (2002). Emergency Propaganda-The Winning of Malayan Hearts and Minds 1948-1958. London: Curzon Press.
Lee, E. (2008). Singapore. The Unexpected Nation. Singapore:Institue Southeast Asian Studies.
Lee, T. H. (1976). The Communist Organization in Singapore: Its Techniques of Manpower Mobilization and Management, 1948-1966. Singapore: Institue Southeast Asian Studies.
Lee, T. H. (1996). The Open United Front: The Communist Struggle in Singapore, 1954-1966. Singapore: Institue Southeast Asian Studies.
Leong, Y. F. (1999). Labour and trade unionism in a colonial Malaya: a study of the socio-economic and political bases of the Malayan Labour Movement, 1930-1957. Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.
Loh, K. S., Edgar, L., Lim, C. T. & Seng, G. Q. (2013). The University Socialist Club and the Contest For Malaya, Tangled Strands of Modernity. Singapore: NUS Press.
Magnis-Suseno, F. (2000). Pemikiran Karl Marx-Dari Sosialisme Utopis ke Perselisihan Revisionisme. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.
Milburn, J. F. (1958). The Fabian Society and the British Labour Party. Industrial and Labour Relation Review vol. xi June.
Milner, A. (2002). The Invention of Politics in Colonial Malaya. Cambridge: Cambridge University Press.
Mohamed Salleh Lamry. (2009). Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Philip, H. (1973). The Malayan Democratic Union-Singapore’s First Democratic Political Party. Singapore: Institue Southeast Asian Studies.
Pimlot, B. ed. (1984). Fabian Essay in Socialist Thought. London: Heinemann Book Ltd.
Poh, S.K, Tan, J. Q. & Koh, K. Y. ed. (2010). The Fajar Generation: The University Socialist Club and the Politics of Postwar Malaya and Singapore. Petaling Jaya: SIRD.
Roff, W. R. (1994). The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Shaw, G. B. (1932). Essays in Fabian Socialism. London: Constable.
Webb, S. (1891). The Fabian Society: its Object and Method. Notts: Stafford and Co.
Yeo, K. W. (1973). Political Development in Singapore, 1945-55. Singapore: Singapore University Press.
Yeo, K. W. (1992). Students Politics in University Malaya, 1949-1951. Journal Southeast Asian Studies 23 (2) September: 346-380.