Tinjauan Keberkesanan Program Keusahawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap Kebolehpasaran Graduan Menurut Perspektif Alumni UKM
Abstract
Penglibatan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan di kampus sangat rendah kerana kurang keyakinan terhadap program yang dianjurkan oleh pihak universiti. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklum balas mengenai program keusahawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menurut perspektif alumni usahawan UKM. Seramai 15 orang alumni UKM telah terlibat dalam perbincangan kumpulan terfokus untuk membincangkan perancangan, pelaksanaan dan impak program keusahawanan di kampus. Kajian mendapati bahawa program-program keusahawanan banyak memberi impak kepada alumni sehingga mereka berjaya membina karier sebagai usahawan selepas tamat pengajian. Namun begitu, masih terdapat kelemahan dan penambahbaikan yang perlu diberi perhatian terhadap program keusahawanan bagi menarik minat lebih ramai mahasiswa-mahasiswi menyertai program tersebut. Para alumni juga sudi untuk berkongsi pengalaman dalam program keusahawanan yang bakal dilangsungkan selain melakukan aktiviti perniagaan secara ‘hands-on’ dan bukan teori semata-mata. Kesimpulannya, kerjasama antara universiti dan usahawan alumni adalah penting bagi memastikan kelestarian program keusahawanan kekal relevan dengan arus generasi masakini.
Downloads
References
Abdullah, M, S. (2015). Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar – Pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Laporan Projek. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Ahmad, R., & Mansor, N. N. (2012). Proses Kognitif, Pembuatan Keputusan Dan Pemilihan Kerjaya. Kajian Emperikal Menggunakan Perspektif Peta Kognitif. Jurnal Kemanusiaan, 10(2).
Ali, H., Abdul Razak, N., & Ahmad, S. (2010). Faktor mempengaruhi kejayaan usahawan peruncitan Melayu: satu kajian kes. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V), Port Dickson, Negeri Sembilan, 15-17.
Alias, H., & Ismail, A. (2021). Pembangunan Atribut Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional Kpm: Sasaran Dan Strategi Pelaksanaan. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(3), 18-37.
Anwar, M., Ahmad, N., & Kamaruddin, N. (2020). Faktor Pendorong Pelajar UTHM Dalam Bidang Keusahawanan. Kajian Kes Di Malaysia, 45-52.
Autio, E., Keeley, R. H., Klofsten, M., & Ulfstedt, T. (1997). Entrepreneurial intent among students: Testing an intent model in Asia, Scandinavia and USA. Frontiers of Entrepreneurship Research, 17: Babson College/Kauffman Entrepreneurship Research Conference, Centre for Entrepreneurial Studies, Babson College, Wellesley.
Brinkerhoff, R. (2003). The Success Case Method: Find Out Quickly What's Working and What's Not. Berrett- Koehler Publishers.
Hamed, A. B., & Deraman, N. (2002). Jaringan usahawan: Satu pengenalan. Jelapang, 3(1), 91-94. http://drotspss.blogspot.my/2011/02/tajuk-57-kajian-keberkesanan-sesuatu.html. Akses pada 8 April 2020.
Hashim, S. & Radio, N. (2011). Ciri Personaliti Keusahawanan Pelajar Tahun 2 SPH Fakulti Pendidikan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.
Mahlberg, T. (1996). Evaluating secondary school and college level entrepreneurial education - pilot testing questionnaire. The Internationalising Entrepreneurship Education and Training Conference. Arnhem/University of Nijmegen, The Netherlands.
Mohd Noor, M.S., Ooi, Y.K., & Mohd Zin, M. (2004). Kecenderungan keusahawanan: Satu kajian empirikal di kalangan tenaga akademik Politeknik-politeknik Malaysia. International of Management Studies, 11(2), 171-194.
Nasharudin, N. & Harun, H., (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 11-17.
Nor Aishah, B. (2006). Asas Keusahawanan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ooi, Y. K., Ahmad, S., Bakar, H., & Hashim, N. (2014). Pengajaran keusahawanan sebagai kursus wajib: satu kajian empirikal di Universiti Utara Malaysia. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 7, 29-40.
Smith, D. (2010). The role of entrepreneurship in economic growth. Undergraduate Economic Review, 6(1), 1-18.
Tamara, J. (2017, Mei 30). Memiliki Ijazah tetapi masih mengggur. Diambil daripada: https://leaderonomics.com/bm/artikel/sl1m-graduan-menganggur
Universiti Kebangsaan Malaysia. (2021). Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2021.
Utusan Malaysia (2008). Kerjasama lahirkan usahawan teknologi CCTV. 22 Januari 2008. Dicapai pada 13/1/2022 di http://www.utusanonline.com
Wahid, A., Hashim, N., & Ibrahim, A. (2017). Hubungan persekitaran universiti terhadap niat keusahawanan dalam kalangan pelajar keusahawanan. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1(1), 136-149.
Yusof, N., Jamaluddin, Z., & Lazim, N. M. (2013). Persepsi Pelajar Prasiswazah Terhadap Kebolehpasaran Graduan Dan Persaingan Dalam Pasaran Pekerjaan. Malaysian Journal on Student Advancement, 16.
Yussof, I., Ismail, R., & Sidin, R. (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes Siswazah UKM (Graduates and Employment: The Case of UKM’s Graduates). Akademika, 72(1).
Zulfakar, I., Buang, N. & Halim, L. (2010). Ciri-ciri Tahap Pemikiran Sains keusahawanan dan Kesediaan Integrasi Pemikiran Sains Keusahawanan dalam Proses Pengajaran Guru-Guru Sains di MRSM. Prosiding Seminar Penyelididkan Siswazah UKM; 1(4). Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.