Hubungan antara Kecergasan Fizikal dengan Prestasi Kokurikulum dalam kalangan Murid Sekolah Rendah
Abstract
Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan satu pendidikan yang menjadi platform utama untuk melihat prestasi murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji untuk mengenal pasti hubungan kecergasan fizikal dengan prestasi kokurikulum murid tahun 6 di SK Tualak, Kuala Nerang, Kedah. Sampel kajian ini seramai 60 orang murid sekolah rendah. Kaedah pengumpulan data kajian adalah dengan meneliti ujian kecergasan berdasarkan panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Melalui ujian SEGAK ini, pengkaji melihat penglibatan aktif murid dalam kokurikulum sekolah dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan hasil analisa data ujian (SEGAK) didapati bahawa murid tidak cergas seramai 7 orang (11.7%), kurang cergas 10 orang (16.7%), cergas 36 orang (60.0%), kecergasan tinggi 7 orang (11.7%) dan kecergasan sangat tinggi 1 orang (1.7%). Dapatan kajian menunjukkan mereka berada pada tahap sederhana dalam kecergasan fizikal secara keseluruhan. Data analisis bagi prestasi kokurikulum pula menunjukkan prestasi sukan dengan nilai min M=1.93, SD .251, unit uniform dengan nilai min M=2.06, SD .206, kelab dan persatuan dengan nilai min M=1.98, SD.390. Keseluruhan skor pada analisis deskriptif menunjukkan nilai min M=1.91, SD .278. Skor yang disenaraikan adalah berada pada tahap rendah. Data analisis kajian bagi hubungan antara kecergasan fizikal mempunyai nilai korelasi pearson r= 0.28 Sig p=.001 berada pada tahap rendah. Dapatan kajian mendapati bahawa skor kecergasan sukan dengan prestasi sukan adalah nilai tidak signifikan antara kedua pemboleh ubah yang diuji. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum yang banyak di sekolah dapat memberi peluang kepada murid melibatkan aktiviti fizikal ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal.
Downloads
References
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) (1996). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Azrina Md Azhari et al. (2017). Tahap Kecergasan Fizikal di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat, E-Proceeding of the 6th Global Summit on Education 2017.
Chen, P. D., Lambert, A. D., & Guidry, K. R. (2020). Computers & Education Engaging online learners: The impact of Web-based learning technology on college student engagement. Computers & Education, 54(4), 1222–1232. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2009.11.008.
Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill Education
Corbin, C. B. & Lindsey, R. (2006). Fitness for Life. Human Kinetics. https://www.humankinetics.com/AcuCustom/Sitename/K12DAM/5f99c15c-3dbe-4b58-baad-74dd90d2044e/9780736085717.pdf
Corbin, C. B., Lindsey, R., Welk, G. J., & Corbin, W. R. (2002). Concepts of Fitness and Wellness: A Comprehensive Lifestyle Approach, 4th edition. St. Louis: McGraw-Hill.
Cristina, A. et al. (2019). Minat Murid dalam Pembelajaran Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. Putrajaya.
Doherty, J. & Brennan, P. (2007). Physical Education and Development: A Guide for Teachers. Routledge
Faigenbaum, A. D., & Mediate, P. (2016). Effects of Medicine Ball Training on Fitness Performance of High-School Physical Education Students. The Physical Educatior, 160-167.
Hill, G. M., Randle, K., & Mullen, S. (1992). Fitness strategies in high school physical education programs. Physical Educator, 49(4), 195-205.
Khedri, M., Chan, S. H., & Helen, T. (2015) Interpersonal-drivan Features in Research Articel Abstract: Cross- disciplinary Metadiscoursal Perspective. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 23(2), 303-314.
Liza Mohd Alias, Mohd Radzani Abdul Razak & Erwan Ismail (2020). Tahap Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Rendah Di Kawasan Tangga Batu, Melaka. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
Manchelah, N. (2017) Keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Malaysia / Manchelah Natesan. PhD thesis, University of Malaya.
Md Suhaimi Elias et al. (2018). Multivariate analysis for source identification of pollution in sediment of Linggi River, Malaysia. Environmental monitoring and assessment, 190(4), 1-16.
Mohammad Sari. N & Esa. A Factors Affecting Students Participation in Extra-curricular. Elixir Psychology, 107, 46960-46962
Mohd Jaflus Bahari. (2008). Faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan daerah Seremban. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/jaflus.pdf [18 Januari 2011]
Mohd Tarmizi Azeman & Mohd Radzani Abd Razak (2019). Sumbangan Kokurikulum dan Pendidikan Jasmani Terhadap Kecergasan Fizikal Pelajar, 663-6701. https://123dok.com/document/zw101x1q-sumbangan-kokurikulum-pendidikan-jasmani-terhadap-kecergasan-fizikal-pelajar.html
Mok, S. S. (2008). Murid dan Alam Belajar, Siri Pengajian Profesional. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nor Suhara & Jamil Ahmad (2010), Kepentingan Kokurikulum dalam Pendidikan Di Sekolah Menengah, Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.
Ong, S. L. et al. (2021). Persepsi guru pendidikan jasmani dan kesihatan terhadap mata pelajaran PJK – Kajian Secara Kualitatif. Researchgate. https://www.researchgate.net/publication/349238548_Persepsi_guru_pj_terhadap_pjk_kualitatif
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah ) (1998).
Saharia Ismail (2015). Pembangunan Insan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Journal of Human Capital Development, 8(2), 83-99.
Sekaran, U. & Bougie, R. (2013) Research Methods for Business: A Skill-Building Approach. 6th Edition. Wiley, New York.
Wan Azlan Wan Ismail & Tajul Ariffin Muhamad (2019). Pendidikan Jasmani di Malaysia: Motif Halangan dan Komitmen. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Wiersma, W. (1995). Research methods in education: An introduction. Boston: Allyn & Bacon.
World Health Organization, WHO (2010). Global recommendations on physical activity for health. World Health Organization
Wuest, D. A., & Bucher, C. A. (2001). Foundations of Physical Education and Sport. Mcgraw-Hill College.
Zulkifli, H. & Norazilawati, A. 2016. Penilaian Guru Sekolah Rendah Di Daerah Kinta Utara Terhadap Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK). JPBU Edisi Khas, 18–24.