Kesediaan Menggunakan e-Pembelajaran dalam Melaksanakan Kursus Pendek di Kolej Komuniti Rompin Akibat Pandemik Covid-19
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenal pasti keperluan latihan bagi para pensyarah di Kolej Komuniti Rompin terhadap Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) bagi perlaksanaan kursus pendek secara dalam talian berbanding kaedah konvensional iaitu pembelajaran secara bersemuka. Maklumat diambil dalam bentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah secara tinjauan. Instrumen kajian menggunakan set soal selidik yang dibina menggunakan Google Form. Borang soal selidik ini mengandungi 4 soalan di bahagian A, 8 soalan di bahagian B dan 7 soalan di bahagian C. Penggunaan skala likert 5- mata diguna pakai bagi menjawab setiap soalan di bahagian B dan C. Seramai 36 pensyarah Kolej Komuniti Rompin telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan pensampelan secara rawak. Kajian ini memfokuskan kepada (1) tahap pengetahuan pensyarah tentang pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus pendek secara dalam talian serta (2) tahap kesediaan pensyarah untuk mengajar kursus pendek secara dalam talian. Data yang diperolehi dianalisis bagi mendapatkan nilai peratus dan skor min menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Secara keseluruhannya dapatan dan cadangan dari kajian ini diharap dapat membantu para pensyarah di KKRP untuk mengajar kursus pendek secara dalam talian sebagai medium pembelajaran di norma baru.
Downloads
References
Baharuddin Aris, Mohd Salleh Abu & Mohamad Bilal Ali (2001). Learning about information technology in education using multimedia. VirTEC Journal, 1(1).
Bibi Noraini Mohd Yusuf, & Jihan Ahmad. 2020. “Are We Prepared Enough? A Case Study of Challenges in Online Learning in a Private Higher Learning Institution during the Covid-19 Outbreaks.” Advances in Social Sciences Research Journal, 7(5):205–12
Chua Y. P. (2014). Kaedah Penyelidikan. Dalam Krejcie & Morgan(1970). Menentukan Saiz Sampel dengan Mengawal Ralat Jenis 1(pp.237). Mc Graw Hill:Malaysia
Creswell, J. W. (2005). Educational research-planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. Columbus: Pearson Merril Prentice Hall.
JPPKK (2018). Pelan Startegik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018 – 2025 (47-55) Perpustakaan Negara Malaysia
Kanuka, Heather, & Terry Anderson. (2007). Ethical Issues in Qualitative E-Learning Research. International Journal of Qualitative Methods, 6(2):1–14.
Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, et al. (2003). Kesediaan Pelajar University Malaysia Menggunakan E-Pembelajaran Sebagai Satu Alat Pembelajaran. Satu kajian kes di unisversiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai.
Mohd Majid, K. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rana, Hemant, Rajiv Rajiv, & Manohar Lal. (2014). E-Learning: Issues and Challenges. International Journal of Computer Applications, 97(5):20–24.
Rod Sims, Graeme Dobs & Tim Hand (2002). Enhancing Quality in Online Learning: Scaffolding Planning and Design Through Proactive Evaluation. Distance Education, 3(2), 135-148.
Saifuilnizan Che Ismail (2018), Majalah Pendidik; Guru & Aplikasi ICT Dalam PdPc Abad 21
Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults: Updating Garland’s model of barriers to persistence in distance educational.
Shuib, A., Sarkawi, A., & Yaakob, M. (2020). Pengaruh Pengalaman Teknologi, Peluang Dan Kesediaan Terhadap Penggunaan Mobile Learning Di Institut Pendidikan Guru Zon Utara. Jurnal Dedikasi, 14.
Siti Azura Binti Abu Hassan, Suzana Binti Zainol Abidin,& Zulkurnain Bin Hassan (2021). Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian E - Pembelajaran Terhadap Pembelajaran Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu Langat.
Syed Ardi Syed Yahya Kamal, & Zaidatun Tasir. (2010). Pembelajaran masa depan- mobile learning (m-learning)