Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Terhadap Komitmen Belajar Dalam Kalangan Pelajar Pascasiswazah Fakulti Pendidikan, UKM

  • Khairun Nisa Abdul Mumen Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Keywords: Covid-19, e-pembelajaran, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), komitmen

Abstract

Kajian Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang ketara terhadap sektor pendidikan di dunia. Sektor pendidikan masih lagi berusaha untuk membudayakan pembelajaran atas talian sebagai salah satu alternatif medium pengajaran bagi meneruskan sesi pembelajaran menggantikan kaedah konvensional yang terpaksa dihentikan seketika bagi mengekang penularan wabak koronavirus. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penerimaan pelajar dan tahap komitmen belajar pelajar terhadap e-pembelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada Mac 2020. Satu kajian tinjauan berbentuk soal selidik dengan kebolehpercayaan ialah 0.95, digunakan sebagai sumber utama pemerolehan data telah dijalankan terhadap 100 orang pelajar pascasiswazah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Analisis statistik ini telah dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS). Ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penerimaan pelajar dan komitmen belajar pelajar berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, lokasi tempat tinggal dan juga pencapaian pelajar. Analisis Kolerasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara tahap penerimaan pelajar dengan komitmen belajar pelajar terhadap pembelajaran atas talian semasa berlangsungnya PKP. Kajian ini dapat dijadikan gambaran yang jelas berkenaan tahap penerimaan dan tahap komitmen belajar pelajar terhadap pelajar pascasiswazah ketika mengikuti pembelajaran atas talian semasa berlangsungnya PKP.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmid, M., H., Abdullah, M., K. & Johari, K. (2018). Pengajaran Guru dan Kepercayaan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJ - SSH) 3(3): 136–147.

Alias Baba. (1999). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Ed. Ke-2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Andin, C., Zainol R., M. Wong H., C. & Hamzah, R. (2019). Minat Murid Berpencapaian Rendah Terhadap Pembelajaran. Jurnal Penyelidikan Pendidikan JILID KE-20, 2019.

Chigona, A. & Davids Z. (2014). Educators' Motivation on Integration of ICTs into Pedagogy: Case of Disadvantaged Areas. South African Journal of Education, v34 (3).

Goliong, L. Kasin, A., Johny M., Yulip, N.G. (2020). Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh ( PDPCJJ ) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ). Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Sabah 1–15.

Hamdan, A., Din, R., Abdul Manaf, S. Z., Mat Salleh, N. S., Kamsin, I.F., & Ismail, N. M. (2015). Pengaplikasian UTAUT dalam bidang pendidikan: Satu ulasan sistematik (UTAUT applications in the field of education: A systematic review). Akademia Baru: Journal of Advanced Review on Scientific Research 5(1): 10–29.

Hamid, S. A., & Mohamad, A. M. (2017). Konstruk Komitmen Kerja Yang Mendominasi Impak Kerangka Asas Kepimpinan Syura. Malaysian Online Journal of Education, 1(2), 82-92.

Haron, H., Hussin, S., & Yusof. A., R. (2020). Penerimaan Teknologi Massive Open Online Course ( MOOC ) Di Kalangan Pelajar Di UKM : Satu Kajian Rintis.Sains Insani, 05(1) : 142-147.

Jamian, R., Zainal Abidin, Nurul Hafizah., Arsad, Roslah. (2020). Analisis Deskriptif bagi Penggunaan Aplikasi Quizizz ke atas Guru dalam Penilaian Prestasi Murid bagi Subjek Matematik. Mathematical Sciences and Informatics Journal, 1(2), 87-97. DOI: 10.35631/IJMOE.380015.

Linsah, C. & Mahamod, Z. (2018) Tahap pengetahuan, penerimaan dan penguasaan pelajar etnik Bidayuh Bukar Sadung dalam pembelajaran bahasa Melayu melalui peta pemikiran I-Think. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6(3), 3-15.

Lapammu, S., & Mahamod, Z. (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya Vle Frog Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 8(1), 53-62.

Mokhtar, R. & Abu Karim, M. H. (2021). Exploring Students Behaviour in Using Google Classroom During Covid-19 Pandemic: Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT). International Journal of Modern Education (IJMOE), 3(8), 182–195.

Nasir, Z., M. & Hamzah, Z., A., Z. (2014). Sikap Dan Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134(May), 408–415. Doi: 10.1016/j.sbspro.2014.04.263.

OECD. (2020). “Education responses to COVID-19: an implementation strategy toolkit.” OECD Education Policy Perspectives, No. 5, OECD Publishing, Paris, 66(3), 227–268.

Pejabat Perdana Menteri. (2020). "Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai Covid-19,". Putrajaya: Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Quah, W., B. (2020). Pandemik Covid-19 : Mempercepatkan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian ( Pdpdt ) Di Kolej : Isu & Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pensyarah Dan Pelajar. TVET Think Big. Vol. 4. PP199-209. Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

Raza, S. A., Qazi, W., Khan, K. A., & Salam, J., (2021). Social Isolation and Acceptance of the Learning Management System ( LMS ) in the time of COVID-19 Pandemic : An Expansion of the UTAUT Model. Journal of Educational Computing Research, 59(2), 183–208. DOI: 10.1177/0735633120960421.

Safri, S.N.W., Mohi, Z. & Hanafiah, M.H. (2020). Massive Open Online Course (MOOC): Our saviour during COVID-19 pandemic? Journal of Tourism, Hospitality & Culinary Arts, 12(3), 120-128.

Ting, K., S. (2007) Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknik dan vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

Venkatesh, V., Morris, M. G., & Davis, G. B. (2003). User Acceptance of Information Technology: Toward A Unified View. MIS Quarterly, 27(3), 425-478.

Vinathan, T., A., P. (2016). Hubungan Motivasi Guru Dengan Penggunaan Ict Dalam

Pengajaran Di Sjk ( T ) Daerah Kuala Muda Yan. Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 1043-1054. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016. Universiti Utara Malaysia, Malaysia. DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.647

Yahaya, N. & Ling, N., N. (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - Satu Tinjauan. Jurnal of Educational Social Science, 1, 121-140.

Published
2022-01-10
How to Cite
Abdul Mumen, K. N. (2022) “Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Terhadap Komitmen Belajar Dalam Kalangan Pelajar Pascasiswazah Fakulti Pendidikan, UKM”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), pp. 15 - 30. doi: 10.47405/mjssh.v7i1.1254.
Section
Articles