Kesediaan Guru Pendidikan Khas Pembelajaran dalam Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke-21 (PAK-21)

  • Nurhibbah binti Majid Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Rosadah binti Abdul Majid Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Keywords: Pembelajaran Abad ke-21, tahap kesediaan, pengetahuan, kemahiran

Abstract

Pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) merujuk kepada inisiatif Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan melalui keberhasilan murid melalui lima elemen standard pengajaran PAK 21. Objektif kajian dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan guru khas masalah pembelajaran dari segi pengetahuan, kemahiran dan hubungan antara pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data diperolehi melalui rekabentuk kaedah tinjauan atas talian yang melibatkan 60 orang guru pendidikan khas masalah pembelajaran sekitar daerah Johor Bahru. Instrumen kajian menggunakan soal selidik skala Likert 4 mata dan hasil kajian dianalisa dengan menggunakan program Statisttical Packages for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan PAK 21 di kalangan guru-guru khas masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran adalah di tahap sederhana (min = 2.92). Namun demikian, terdapat hubungan yang kuat antara pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan PAK 21. Hasil kajian memberi implikasi terhadap keperluan dan latihan guru pada masa akan datang dalam menyediakan guru-guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang berkemahiran dalam PAK 21.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Rahman Habibi. (2014). Kesediaan Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Khas Mengajar Pertanian. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faridah Nazir, Faiziah Samsudin, & Amran Bakar. (2016).Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21( 1st ed.). Selangor: Sasbadi Sdn Bhd

Izlin Zuraini Ishak. (2002). Kualiti Pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUITTHO). Kolej Universiti Tun Hussein Onn.

K.A. Razhiyah. (2008). Menjadi guru pendidikan khas. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Putrajaya.

Marry Yap, K.C. (2015). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global. Berita Harian. https://www.bharian.com.my ( 11 Julai 2021)

Masyuniza, Y. & Zamri, M. (2013). Penyepaduan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Pertama, 338-352.

Mohd Mahzan, Awang, Abdul Razaq,Ahmad dan Nursyazwani, Abd Talib. (2016). Penggunnan Multimedia dalam Pendidikan Sejarah pada Abad ke-21 dan Hubungannya dengan Minat Belajar Sejarah. Jurnal Pemikir Malaysia, 7, 44-56

Nurzarina Amran & Roslinda Rosli.(2016). Kefahaman Guru tentang Kemahiran Abad ke-2. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 11, 118-130.

Rusdin, N. M. (2018). Teachers’ Readiness in Implementing 21st Century Learning. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(4), 1293-1306

Umi Kalthom, Mahbib dan Ahmad, Esa. (2014). Kaedah Koperatif Sebagai Pilihan Kelas Abad 21: Sorotan Literatur. International Seminar on Technical and Vocational Education 2014 (TVEIS 2014). http://eprints.uthm.edu.my/ (11 Julai 2021)

Zamri Mahamod, Masyunizah Yunos & Yahya Othman. (2014). Sikap dan Persepsi Murid terhadap Mata Pelajaran Bahasa Melayu dengan Kemahiran Abad ke-21. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 22: ( MDP-42). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM

Published
2022-01-10
How to Cite
Majid, N. and Abdul Majid, R. (2022) “Kesediaan Guru Pendidikan Khas Pembelajaran dalam Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke-21 (PAK-21)”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), pp. 240 - 250. doi: 10.47405/mjssh.v7i1.1252.
Section
Articles