Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Pendidikan Khas dalam Meningkatkan Kemahiran Matematik Operasi Darab

  • Nur Hana Kamarudin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Khairul Farhah Khairuddin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Ahmad Zamri Mansor Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Keywords: bahan bantu mengajar, kefahaman, MBK Pembelajaran, kemahiran matematik, operasi darab

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi melihat penggunaan bahan bantu mengajar guru pendidikan khas pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran matematik operasi darab. Kajian ini juga bertujuan untuk meneroka amalan guru Pendidikan Khas pembelajaran dalam penggunaan bahan bantu mengajar, jenis-jenis bahan bantu mengajar bagi meningkat kemahiran matematik operasi darab. Kajian ini menggunakan kajian kes yang terdiri daripada 5 orang guru Pendidikan khas pembelajaran yang mengajar mata pelajaran matematik dari beberapa buah sekolah di daerah Pudu, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan dua instrumen kajian yang terdiri daripada temu bual dan analisis dokumen. Bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan, triangulasi data digunakan bagi mengukuhkan data kajian yang diperolehi agar ia tidak boleh diragui ketepatan dan keteguhan data yang diperolehi. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan guru dalam penggunaan bahan bantu mengajar mempengaruhi peningkatan dalam kemahiran matematik operasi darab. Amalan guru dalam kesediaan sebelum bermulanya sesi PdPc, BBM sebagai pemudah cara, mengenal pasti tahap penguasaan serta jenis BBM yang digunakan merupakan faktor yang mampu meningkatkan kemahiran matematik operasi darab bagi murid-murid khususnya MBK pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif dapat menarik minat MBK pembelajaran dalam menguasai mata pelajaran matematik terutama dalam operasi darab.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ali, S. K. S., Rauf, P. A., & Salimin, N. 2017. Hubungan antara pengalaman mengajar dan perancangan pengajaran dalam kalangan guru pendidikan jasmani tingkatan 4. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(6): 268-277 [21 Disember 2021].

Chua Yan Piaw. 2014. Kaedah Pengkajian. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Higher Education.

Hanifah Mahat, Satryani Arshad, Yazid Saleh, Kadaruddin Aiyub, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan. 2020. Penggunaan dan penerimaan bahan bantu mengajar multimedia terhadap keberkesanan pembelajaran geografi. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 16(3): 219-234. [10 Oktober 2021].

Hayazi Mohd. Yasin. 2008. Penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan guru sekolah teknik. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi. [19 Oktober 2021].

Isa, N. S., & Ma’arof, N. N. M. I. 2018. Keberkesanan penggunaan grafik berkomputer sebagai alat bahan bantu mengajar dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi. Sains Humanika, 10(3-3): 81-87 [10 Oktober 2021].

Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. 2011. Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1): 59-74. [14 November 2021].

Jeffery Tikok. 2018. Sikap dan jantina guru bahasa melayu sekolah rendah daerah serian terhadap pemilihan bahan bantu mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – Jpbm (Malay Language Education Journal – Mylej), 8 (1): 13-21. [14 November 2021].

Mohd Rino Mohd Johari. 2019. Keberkesanan penggunaan i-koam dalam matematik dan impak terhadap tingkahlaku introvert murid pemulihan khas. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (Ispen 2019 || Eisbn 978-967-2122-77-7). Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, Kuis. [25 November 2021].

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. 2012. Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Cetakan Semula. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. [25 November 2021].

Musa, N. E., & Mohamad, M. H. 2013. Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, 1(1): 223–230. [25 November 2021].

Nadzri, N. F. 2017. Kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM (Master thesis). Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. [23 November 2021].

Norfarizah Mohd Bakhir, Mohd Zazril & Ikhmal Zamri. 2019. Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan papan pelbagai sentuh untuk pembelajaran sains tahun tiga. Journal on technical and vocational education (jtve), 4 (3) :Special edition nasco (2019). [15 November 2021].

Norfishah Mat Rabi. 2016. Transformasi pendidikan murid kurang upaya. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. [05 November 2021].

Noor Azimah Binti Abdul Ghani. 2016. Pembangunan Set Lengkap ASK (Algebra Story Kit) Membantu PdP Dalam Matematik. Conference Proceeding: 2nd International Conference On Creative Media, Design & Technology (REKA2016) [05 November 201].

Published
2022-01-10
How to Cite
Kamarudin, N., Khairuddin, K. F. and Mansor, A. Z. (2022) “Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Pendidikan Khas dalam Meningkatkan Kemahiran Matematik Operasi Darab”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), pp. 175 - 183. doi: 10.47405/mjssh.v7i1.1249.
Section
Articles