Keberkesanan Kaedah Melukis Petak dalam Meningkatkan Pencapaian Topik Pertambahan Pecahan Mudah Murid Tahun Empat

  • Ngu Keh Hee Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Siti Mistima Maat Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Keywords: penyelesaian matematik, pecahan mudah, kaedah melukis petak

Abstract

Ramai murid bermasalah dalam penyelesaian matematik melibatkan pecahan. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk membantu murid mengatasi masalah ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pendekatan kaedah Melukis Petak dalam topik Pertambahan Pecahan Mudah di kalangan murid sekolah rendah. Terdapat 13 peserta kajian dalam kajian ini. Peserta kajian ini merupakan murid tahun empat kebangsaan cina kategori luar bandar di sebuah pekan kecil negeri Sarawak. Metodologi kajian ini menggunakan kajian tindakan yang mengaplikasikan model Kemmis. Pendekatan ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk perbandingan peserta kajian sebelum dan selepas Intervensi dijalankan. Satu soal selidik digunakan untuk mengumpul pandangan responden terhadap kaedah melukis petak. Dapatan kajian menunjukkan kaedah melukis petak ini berupaya meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam pertambahan pecahan mudah subjek matematik. Hasil analisis data mendapati sepuluh orang peserta kajian ini menguasai pertambahan nombor pecahan mudah daripada perbandingan dalam ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad, Rahman, Zamri. (2015). Teknik Lakaran Bersama Peta Alir I-Think Meningkatkan Kemahiran Menjana Idea Murid Etnik Lun Bawang Dalam Karangan Autobiografi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9, 1, 12-22.

Farizan. (2014). Keberkesanan Kaedah Model Bar Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat. Universiti Teknologi Malaysia.

Kemmis, McTaggart (eds) 1988a The Action Research Planner. Deakin University, Australia: Deakin University opress (3rd edition).

Kemmis, McTaggart (eds) 1988b The Action Research Reader. Deakin University, Australia: Deakin University opress (3rd edition).

Mohd Suhaimi, Noor Shah, & Mohd Uzi. (2017). Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 7(1), 32-46.

Rosiana, Herman. (2016). Penggunaan Bar Model Unutk Meningkatkan Kemampuan Membuat Model Matematis Dan Keterampilan Prosedural Serta Ketekunan Belajar Siswa Sekolah Dasar. Diperoleh https://media.neliti.com/media/publications/1245 87-IDpenggun aan-bar-modelu ntuk-meningkatkan-k.pdf

Siti Rahaimah. (2017). Analysis of Numerical Understanding Analysis for Primary School. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(10), 713-728.

Wong, Effendi. (2020). Kemahiran Penyelesaian Masalah Berayat Matematik Melalui Model Bar: Sorotan Literatur Bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences And Humanities (MJSSH), 5(12), 144 – 159.

Yap, Siti Rahaimai. (2018). Keberkesanan Pendekatan Model Bar Dalam Penyelesaian Masalah Berayat Matematik Operasi Tolak Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 8(2).

Zakiah Salleh, Norhapidah Mohd Saad, Mohamad Nizam Arshad, Hazaka Yunus, & Effandi Zakaria. (2013). Analisis jenis kesilapan dalam operasi penambahan dan penolakan pecahan. Jurnal Pendidikan Matematik, 1(1), 1–10.

Published
2022-01-10
How to Cite
Hee, N. and Maat, S. M. (2022) “Keberkesanan Kaedah Melukis Petak dalam Meningkatkan Pencapaian Topik Pertambahan Pecahan Mudah Murid Tahun Empat”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), pp. 184 - 191. doi: 10.47405/mjssh.v7i1.1225.
Section
Articles