Tahap Pemahaman Guru Matematik Melaksanakan Pengajaran Atas Talian

  • Ahmad Mustafa Mahmud Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Muhammad Sofwan Mahmud Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Keywords: tahap pemahaman, guru matematik, pengajaran atas talian

Abstract

Penularan virus Covid-19 telah mengakibatkan jutaan manusia terkorban. Sistem pendidikan di seluruh dunia termasuk Malaysia mengambil langkah melaksanakan pengajaran atas talian bagi mengelakkan risiko penularan virus Covid-19. Pelaksanaan pengajaran atas talian merupakan salah satu kaedah pengajaran yang memberi cabaran kepada para guru untuk dilaksanakan semasa pandemik Covid-19. Justeru, sebuah kajian tinjauan telah dilaksanakan untuk mengkaji tahap pemahaman guru matematik melaksanakan pengajaran atas talian. Seramai 187 orang guru matematik di Negeri Sembilan telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Kesemua responden yang terlibat menjawab soal selidik secara atas talian dengan menggunakan Google Forms bagi mengumpulkan data yang diperlukan dalam kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemahaman guru dalam melaksanakan pengajaran atas talian berada pada tahap sederhana dengan min keseluruhan ialah 3.46 dan sisihan piawai 0.424. Selain itu, faktor kesediaan, penerimaan dan pengoperasian mempunyai hubungan linear yang sederhana dan signifikan ke atas pemahaman guru matematik melaksanakan pengajaran atas talian. Kesimpulannya, guru matematik menunjukkan tahap pemahaman yang sederhana dalam melaksanakan pengajaran atas talian. Namun begitu, guru matematik berusaha untuk melaksanakan kaedah pengajaran atas talian semasa pandemik Covid-19 bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tetap berlangsung.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Amala, J.I.J, & Geetha, S. (2020). Surrogation of classroom teachers by aritificial intelligence and Google Classroom. Studies in Indian Place Names (UGC Care Journal) 40(30): 4-7.

Azzi Huck, K. & Shmis, T. (2020). Managing the impact of COVID-19 on education systems around the world: How countries are preparing, coping, and planning for recovery.

Atika, N., Roza, Y., & Murni, A. (2020). Development of Learning Tools by Application of Problem Based Learning Models to Improve Mathematical Communication Capabilities of Sequence and Series Materials. Journal of Educational Sciences, 4(1), 62. https://doi.org/10.31258/jes.4.1.p.62-72

Edrusi, M. N., & Muhamad, J. (2021). Pembelajaran matematik secara atas talian semasa perintah kawalan pergerakan. International Journal of Modern Education (IJMOE), 3(8), 91–103. https://doi.org/10.35631/IJMOE.38008

Kaviza, M. (2020). Aplikasi Google Classroom dalam pembelajaran sejarah : dari Perspektif murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(7), 130–135.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kuppusamy, Y., & Norman, H. (2021). Kemahiran teknologi dan kesediaan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa era pandemik dalam kalangan guru di sekolah rendah tamil. 3(1), 428–441.

Lau, J. S. C., & Rosli, R. (2020). Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi guru matematik sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 71–84. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.546

Mohd Noor Hussin, R. W. & K. A. A. R. (2021). Kajian awal tentang perlaksanaan pembelajaran atas talian dalam kalangan mahasiswa pengajian islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 148–159.

Mohd Rohiman Subri, R., & Yaakub, A. B. N. (2021). Pelaksanaan pengajaran guru cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ketika pandemik COVID-19 : Satu kajian kes. 6812, 21–32.

Moktar, S. N. A. (2018). Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru reka bentuk dan teknologi terhadap amalan dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Sains Humanika, 10(3–3), 89–94. https://doi.org/10.11113/sh.v10n3-3.1520

Muhammad Daud, K. (2019). Cabaran guru prasekolah dalam menerapkan pendidikan STEM. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 9(2), 25–34. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol9.2.4.2019

Mulyono, B., Sriwijaya, U., Sriwijaya, U., Learning, R., & Konsep, P. (2018). Pemahaman konsep dalam pembelajaran matematika. Jurnal Pendidikan Matematika, 3(2), 103–122.

Munusamy, T., & & Mohamad Yatim, M. H. (2017). Keberkesanan penggunaan kaedah Frog VLE terhadap pencapaian matematik sekolah rendah. Journal of ICT in Education (JICTIE), 4, 66–73.

Mustaffa, F., Hassan, K. A., & Pit, S. (2021). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian Pensyarah IPGK PM Semasa Pandemik COVID-19 ( Implementation Of Teaching And Facilitation Online Lecturer MWTC , During The COVID-19 Pandemic ). 3(1), 465–474.

Mustapah, J., & Rosli, R. (2021). Tahap kepuasan pembelajaran matematik atas talian semasa pandemik COVID-19. 6(4), 1–20.

Nooriza Kassim, & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: Analisis keperluan guru. Prosiding Seminar Education Graduate Regional Conference (EGRC 2015)., 1990.

Noraini Mohamed Noh, Mohd. Arif Ismail, & Jamil Ahmad. (2010). Efikasi kendiri komputer dan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan Guru Perpustakaan Media di sekolah-sekolah Malaysia. Prosiding, the 15th International Conference on Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Brunei, 24 -27 May. 2010.

Nur Hazirah Hairia’an, M. D. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(Special), 18–28.

Nurbaizura, S., & Azizan, C. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning ( HBL ) semasa tempoh pandemik COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 6812, 46–57.

Siti Fatimah Ahmad, A. H. T. (2010). Persepsi guru terhadap bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran J-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 53–64. https://doi.org/10.1051/medsci/2003193337

Veeramuthu, P., Luthfi, M., & Rahman, A. (2021). Persepsi Pelajar Terhadap Kesan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu Secara Dalam Talian Students ’ Perceptions Towards the Effects of Learning Malay Literature Online. 6812, 58–71.

Published
2022-01-10
How to Cite
Mahmud, A. M. and Mahmud, M. S. (2022) “Tahap Pemahaman Guru Matematik Melaksanakan Pengajaran Atas Talian”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), pp. 1 - 14. doi: 10.47405/mjssh.v7i1.1223.
Section
Articles