Kesan Modul Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) Terhadap Sistem Kepercayaan dan Estim Kendiri dalam kalangan Pelatih di Sekolah Tunas Bakti
Abstract
Kepercayaan tidak rasional merupakan kepercayaan yang bersifat rigid dan terlalu ekstrem, tidak logik, tidak konsisten dengan dunia realiti, tidak boleh dibuktikan secara empirikal serta boleh menghalang seseorang individu ke arah pencapaian matlamat. Estim kendiri pula ialah proses perkembangan yang dialami oleh seseorang individu yang akan membawa kepada perubahan daripada orientasi luaran kepada penilaian dalaman. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan modul terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) terhadap sistem kepercayaan dan estim kendiri dalam kalangan remaja. Sampel dalam kajian ini merupakan pelatih-pelatih dari Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur. Seramai 100 orang pelatih-pelatih yang terdiri daripada mereka yang berumur 15 hingga 20 tahun. Kesemua responden dipilih menggunakan persampelan rawak mudah dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (n=50) yang menerima terapi menggunakan modul REBT dan kumpulan kawalan (n=50) yang menerima terapi tanpa modul REBT. Analisis MANCOVA dijalankan digunakan bagi mengenal pasti perbezaan yang signifikan terhadap skor min kepercayaan tidak rasional dan estem kendiri antara dua kumpulan berkenaan. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh dapat dirumuskan bahawa terapi REBT berkesan diaplikasikan terhadap pelatih-pelatih di Sekolah Tunas Bakti.
Downloads
References
Abdul Malek Abdul Rahman. (2004). Kesan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif dalam merawat tingkah laku langsang buli dikalangan pelajar sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia.
Aina Razlin Mohammad Roose. (2014). Kenali REBT semudah ABC: teori & konsep asas terapi rasional emotif tingkah laku. Sarawak: Penerbit UNIMAS.
Anuar Ahmad. (2009). Pendidikan moral pelajar terpinggir. Utusan Malaysia, 28 Jun: 2009.
Banks, T.I. (2006). Teaching rational emotive behavior therapy to adolescents in an alternative urban educational setting. Unpublished Doctoral dissertation. Kent State University.
Bernard, R. M. (1990). Using extended captions to improve learning from instructional illustrations. British Journal of Educational Technology, 21(3).
Brislin, R. W. (1976). Comparative research methodology: Cross‐cultural studies. International Journal of Psychology, 11(3), 215-229.
Coon, D., & Mitterer, J. O. (2009). Introduction to Psychology : Gateways to Mind and Behavior (12th ed). United State: Cengage Learning.
Corey, G. (2018). Theory and practice of counseling and psychotherapy (10th Ed.). United States: CENGAGE Learning Custom Publishing.
Davies, G. (2008). Employer branding and its influence on managers. European Journal of Marketing, 42 (5/6), 667 – 681.
Ellis, A. (1962). Reason and Emotion in Psychotherapy. New York: Lyle Stuart.
Ellis, A. (1970). The cognitive element in experiential and relationship psychotherapy. Existential Psychiatry, 7(28), 35-52.
Ellis, A. (2003). Reasons why rational emotive behavior therapy is relatively neglected in the professional and scientific literature. Journal of Rational-Emotive & Cognitive-Behavior Therapy, 21(3-4), 245–252.
Garcy, P.D. (2009). The REBT Super-Activity Guide: 52 Weeks of REBT For Clients, Groups, Students, and YOU! North Charleston SC, United States: Createspace Independent Publishing Platform.
Gladding. S. T. (2020). Groups: A counseling specialty (8th Ed.). United States: Pearson Shertzer, B., & Stone, S. C. (1981). Fundamentals of Guidance (4th ed.). Boston, MA: Houghton Mifflin.
Hajzler, D. J., & Bernard, M. E. (1991). A review of rational-emotive education outcome studies. School Psychology Quarterly, 6(1), 27–49.
Koopmans, P. C., Sanderman, R., Timmerman, I., & Emmelkamp, P. M. G. (1994). The Irrational Beliefs Inventory (IBI): Development and psychometric evaluation. European Journal of Psychological Assessment, 10(1), 15–27.
Mohd Zaharen Md Zahir, Md Noor Saper, & Mohammad Nasir Bistamam. (2019). Kesahan dan kebolehpercayaan modul kelompok bimbingan integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 9 (1), 58-69.
Norliza Hj Brahim. (2012). Kesediaan Guru Melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek di Sekolah. Universiti Putra Malaysia, Serdang. Tidak diterbitkan.
Omizo, M. M., Lo, F-L. G., & Williams, R. E. (1986). Rational‐emotive education, self‐concept, and locus of control among learning‐disabled students. The Journal of Humanistic Education and Development, 25 (2).
Walen, S., DiGiuseppe, R., & Dryden, W. (1992). A practitioner’s guide to rational emotive therapy. New York: Oxford Press.