Eko Kritik Puisi Pilihan Malaysia dan Indonesia

  • Mohd. Saberi Muda Muzium Negeri Terengganu, Terengganu, Malaysia
  • Mas Rynna Wati Ahmad Jabatan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Malaysia
Keywords: eko kritik, kelestarian alam, etika, nostalgia, khazanah warisan

Abstract

Suara sasterawan dalam isu alam sekitar menjadi satu tema yang tidak asing lagi dalam penulisan dunia sejagat. Alam sekitar yang menjadi sebahagian dari kehidupan ini menjadi sumber dalam proses pengkaryaan. Puisi-puisi hijau adalah antara karya yang muncul pada perkembangan dunia penulisan puisi di Malaysia dan Indonesia. Dua negara berjiran ini turut memiliki permasalahan yang hampir sama dalam isu alam sekitar. Justeru itu keprihatinan penyair dalam isu ekosistem ini diperlu dianalisis menerusi kajian eko kritik bagi merincikan lontaran pemikiran tersebut. Puisi-puisi tersebut seperti “Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandar Raya” karya Usman Awang (1979), “Hari Terakhir Sebuah Hutan” karya Muhammad Haji Salleh (1989) dan “Debu dan Dendam Alam” karya Baha Zain (1997). Manakala dari Indonesia puisi-puisi yang serupa adalah “Membaca Tanda-Tanda” oleh Taufik Ismail (1982), “Danau Toba” oleh Sitor Situmorang (1982) dan “Pandangan Senjakala” karya WS Rendra (1967). Periodisasi karya-karya yang mewakili era tahun 1960-an hingga 1990an ini memperlihatkan perjuangan yang berterusan dari penyair kedua-dua negara. Pendekatan eko kritik yang digunakan bagi menganalisis karya tersebut difokuskan kepada elemen ekologi, etika, bahasa dan kritikan sebagai kerangka kajian. Kajian yang melihat hubungan manusia dengan alam ini turut menyenaraikan manfaat alam pada seluruh kehidupan serta tanggapan atau perlakuan moral manusia terhadap alam. Etika dan perlakuan moral ini merupakan sebahagian dari tanggung jawab dalam sistem nilai sesebuah masyarakat. Manakala bahasa dan kritikan pula merupakan kaedah penyampaian penyair bagi perkongsian pemikiran dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nostalgia, kehilangan serta protes dalam karya akan memperlihatkan kesan kerosakan alam sekitar yang memerlukan kepada pemuliharaan. Pemuliharaan khazanah warisan ini perlu ditangani dengan bijaksana demi kesejahteraan warga di masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Arianty Visiaty. (2020). Ekosistem dalam Puisi Membaca Tanda-Tanda Karya Taufiq Ismail Sebuah Kajian Etis Ekokritik. Jurnal Al-Azhar Indonesia Seri Humaniora, 5(4), 182-188

Ekarini Saraswati. (2016). Inspirasi Alam Dalam Puisi-Puisi Karya Penyair Indonesia. Proceeding Himpunan Sarjana Kesusastraan Indonesia, 451-456

Glotfelt, C, & Fromn, H. (1996). The Ecocriticisme Readers: Landmark in Literary Ecology Georgia: University of Georgia Press.

Harsono, Siswo. (2008). Ekokritik: Kritik Sastra Berwawasan Lingkungan. Kajian Sastra. Semarang: Universitas Diponegoro, 32, 1.

Howarth, W. (1966). Some Principles of Ecocriticism. The Ecocriticism Reader, disunting oleh Glotfelty, Cheryll& Harold, Fromm. Athens and London: The University of Georgia Press.

Ismail Taufiq. (1990). Puisi-Puisi Langit. Jakarta:Yayasan Ananda

Jamaluddin Md. Jahi. Et al. (2013). Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia dan Indonesia. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kaswadi. (2015). Paradigma Ekologi dalam Kajian Sastera. Jurnal Paramasastra, 2(2).

Maria L.A Sumaryati, & Muhammad Nasar Helmi. (2019). Puisi-Puisi Langit By Taufiq Ismail: A Literary Ecology Study. The 28thnInterntional Confrence on Literature (IcoL) XXVIII. July 11-13, 2019, Banda Acheh, Indonesia.

Mohamad Saleeh Rahamad (2016). Balada Si Burung Merak Puisi-Puisi Lengkap W.S.Rendra. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Negara

Mohd Saberi Muda & Mas Rynna Wati Ahmad (2019). Eko-Kritik dalam Puisi Melayu dlm Akademika 89, 29-39.

Muhammad Haji Salleh. (1996). Hari Terakhir Sebuah Hutan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurul Setyorini. (2018). Representasi Krisis Ekologi Di Indonesia Puisi Membaca Tanda-Tanda Dan Menengadah Ke Atas Merenungi Ozon Yang Tak Nampak Karya Taufik Ismail. Jurnal Bahtera 05(9).

Sitor Situmorang. (1982) Angin Danau. Penerbit Sinar Harapan, Jakarta.

Sohaimi Abdul Aziz. (2014). Keprihatinan Usman Awang dalam melestarikan alam sekitar. Dlm. Dahsyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan, disunting oleh Sohaimi Abdul Aziz. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Sohaimi Abdul Aziz. (2014). Krisis Alam Sekitar dalam Puisi: Satu Kajian Hijau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sohaimi Abdul Aziz. (2017). Pembelaan Terhadap Alam Sekitar dalam Puisi-Puisi Pilihan Usman Awang. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Usman Awang. (1987). Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wellek, R., & Warren A. (1956). Theory of Litarature. 3rd ed. New York: Harcourt, Brace & World.
Published
2021-10-10
How to Cite
Muda, M. S. and Ahmad, M. R. W. (2021) “Eko Kritik Puisi Pilihan Malaysia dan Indonesia”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), pp. 121 - 131. doi: 10.47405/mjssh.v6i10.1128.
Section
Articles