Ciri-Ciri Kesesuaian Tajuk Komunikasi dalam Pembangunan Modul Pengajaran Bahasa Arab: Suatu Analisis Laras Bahasa Komunikatif

  • Ibrahim bin Abdullah Jabatan Bahasa Asia dan Eropah, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Malaysia
Keywords: bahasa Arab komunikasi, laras bahasa komunikatif, modul bahasa Arab, bahasa ketiga

Abstract

Laras bahasa merupakan salah satu daripada cabang sosiolinguistik. Pemilihan laras bahasa komunikatif yang sesuai akan menjadikan modul pengajaran bahasa lebih bermakna. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui ciri-ciri tajuk komunikatif dan kesesuaian tajuk berdasarkan pendekatan komunikatif. Pendekatan kajian adalah menggunakan temu bual pakar sebagai kaedah utama dan disokong dengan kaedah pemerhatian bagi memperoleh data kajian. Sampel temu bual terdiri daripada 8 orang pensyarah pakar. Data dikodkan, dianalisis secara tematik dan dihuraikan secara deskriptif. Tema-tema yang dihasilkan adalah berdasarkan pengulangan elemen berdasarkan data verbatim yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan terdapat lima tema yang menjadi ciri-ciri penting dalam pemilihan tajuk komunikasi yang bersesuaian dengan laras bahasa komunikatif. Ciri-ciri tersebut ialah aktiviti seharian pelajar yang menepati konteks mereka, nama-nama lokasi dan tempat, aspek yang berkaitan dengan geografi dan alam semula jadi, aspek sosial pelajar dan budaya yang berkisar pada kehidupan pelajar. Justeru, dapatan tema-tema dalam kajian ini diharap dapat memberi panduan yang lebih terperinci kepada penggubal kurikulum bahasa Arab tentang tajuk-tajuk yang sesuai dengan bidang laras bahasa komunikatif untuk dimuatkan dalam buku teks bahasa Arab komunikasi. Selain itu, dapatan kajian ini juga diharap dapat mengukuhkan teori terdahulu bahawa pengaruh konteks sosio-budaya tempatan dalam teks pembelajaran Arab dapat meningkatkan minat kepada pelajar untuk belajar bahasa.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah Hassan. (1986a). Penerbitan Kata dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (1986b). Isu-Isu Pengintelektulan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ab Halim Mohamad. (2008). Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Abd. Razak Abdul Karim. (2013). Analisis Laras Resepi Melayu: Satu Analisis Laras Bahasa Melayu Lama. Jurnal Dewan Bahasa, 38(5), 2-9.

Al Muslim Mustapa & Zamri Arifin. (2015). Penentuan Dimensi Kualiti Guru Bahasa Arab di Malaysia. ISLAMIYYAT, 37(1): 49 – 57.

Al-‘Arabiyy, Salah Abdul Majīd. (1981). Ta’allum al-Lughāt al-Hayyat wa Ta’līmuhā bayn al-Nazariyyat wa al-Tatbiq. Lubnan: Maktabah Lubnān.

Arnida A.Bakar dan Lubna Abd Rahman. (2021) “Penterjemahan Makna Unsur Budaya dalam Novel Arab ‘Saacah Baghdad: Riwayah’ ke dalam Bahasa Inggeris melalui Aplikasi e-Translasi Google”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 69 - 79. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.685.

Asmah Omar. (1988). Bahasa Laporan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (1991). Kemahiran Berbahasa. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Asmah Omar. (2008a). Nahu Kemas Kini Panduan Bahasa Yang Betul. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn Bhd.

Asmah Omar. (2008b). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research of Education: An Introductive to Theories and Methods (4th Edition). Boston: Allyn & Bacon.

Brian, S. (1982). A Handbook of English Language Teaching Terms and Practice. New York: Macmillan.

al-Fawzān, Abdel Rahmān ibn Ibrāhīm., (2008). Durūs al-Dawrāh al-Tadrībiyyah li al-Mu’allimiyy al-Lughati al-’Arabiyyatt li ghayr al-Nātiqīn bihā. Al-Jānib al-Nazariyy. Saudi Arabia: al-‘Arabiyyatt li al- jamī’.

Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. (2008). How To Design and Evaluate Research in Education. NewYork: McGraw-Hill.

Halliday, M. A. K. (1973). Explorations in The Functions of Language. London: Edward Arnold.

Hymes, D. (1971). On Communicative Competence. Pride, J.B. dan Janet Holmes (pynt.). Sociolinguistics. Middlesex: Penguin Books.

Hymes, D. (1972). Models of The Interaction of Language and Social Life. Journal of Social Issues, 23(2), 8–38.

Hudson, R.A. (1980). Language Arts & Disciplines. Publisher: Cambridge University Press.

Ibrahim Abdullah. (2003). Penyediaan Buku Teks Bahasa Arab untuk Pelajar Dewasa. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ibrahim Abdullah. (2019). Penggunaan Laras Bahasa dalam Buku Teks Bahasa Arab Komunikasi Universiti Teknologi MARA Berdasarkan Pendekatan Komunikatif. Tesis Doktor Falsafah. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Kamaruddin Husin. (1995). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Percetakan Utusan Publication & Distrubutors Sdn. Bhd.

Kamaruddin Husin. (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Lily Hanefarezan Asbulah. (2021). Tahap Pengetahuan Kolokasi Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar Universiti Awam Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 127 - 138. https://doi.org/https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.888

Littlewood, W.T. (1981). Communicative Language Teaching. Cambridge: Cambridge University Press.

Mansoer Pateda. (1991). Linguistik Terapan. Kuala Lumpur: Penerbit Nusa Indah.

Mansoer Pateda. (2001). Semantik Leksikal. Muat turun pada 29 Jun 2018 daripada: https://catalogue.nla.gov.au/Record/2558905

Mohd Zuhir Abd Rahman. (2005). Penilaian dalam Pembelajaran: Satu Kajian Buku Teks KBSM Bahasa Arab Komunikasi. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Zuhir Abd Rahman. (2014). Pengaruh Konteks Sosiobudaya Tempatan dalam Teks Pembelajaran Arab. Tesis Doktor Falsafah. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Nik Safiah Karim. (2008). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Hur Hakimah Md. Sallehuddin. (2015). Ekonomi Bahasa Arab dalam Majalah Aswāq. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nurulasyikin Muda dan Hazmi Dahlan. (2020). Perbandingan Dialek Jordan dengan Bahasa Arab Standard. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(9), 163 - 174. https://doi.org/https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i9.488

Patton, M. Q. (2002). Qualitative Evaluation and Research Methods. Ed ke-3. California: Sage Publication.

Rivers, W. M. & Temperley, M. S. (1978). A Practical Guide to The Teaching of English as A Second or Foreign Language. London: Oxford University Press.

Rogers, E. M. & Kincaid, D. L. (1981). Communication Network: Toward a New Paradigm for Research. New York: Free Press.

Salahuddin Mohd. Shamsuddin & Siti Sara Ahmad. (2017). Authenticity of Classical Arabic and Its Relation to Aristotelian Logic (In The Opinions of Some Orientalists and Arab Scholars). World Journal of Education, 7(4), 122-131.

Tu’aymah, Rushdī Ahmed. (2004). Al-Usus al-‘Ammat li Manāhij Ta’līm al-Lughat al-‘Arabiyyat. Kaherah. Dār al-Fikr al-‘Arabiyy.

Ure & Ellis. (1977). Laras Bahasa. Muat turun pada 29 Jun 2021 dari: http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-melayu.html
Published
2021-10-10
How to Cite
Abdullah, I. (2021) “Ciri-Ciri Kesesuaian Tajuk Komunikasi dalam Pembangunan Modul Pengajaran Bahasa Arab: Suatu Analisis Laras Bahasa Komunikatif”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), pp. 108 - 121. doi: 10.47405/mjssh.v6i10.1104.
Section
Articles