Daya Tahan dan Motivasi Pembelajaran alam Talian Semasa Pandemik Covid-19 Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara daya tahan dengan motivasi pelajar sepanjang pembelajaran dalam talian semasa pandemik. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan memilih sebuah IPT iaitu KUIM sebagai satu organisasi kajian dan data dikumpulkan melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian adalah berbentuk kuantitatif yang dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Seramai 278 pelajar KUIM telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berkelompok. Daya tahan pelajar telah diukur dengan menggunakan Soal selidik Ketahanan Kendiri (SKD) yang diterjemahkan oleh Amalia et al. (2011) dan motivasi pelajar pula diukur dengan menggunakan Soal selidik Motivated Strategies for Learning (MSLQ) oleh Pintrich et al. (1991). Dapatan kajian mendapati pelajar KUIM memiliki tahap daya tahan dan tahap motivasi yang tinggi sepanjang pembelajaran dalam talian semasa pandemik. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang kuat dan signifikan antara daya tahan dengan motivasi pelajar KUIM sepanjang pembelajaran dalam talian semasa pandemik. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara daya tahan berdasarkan faktor jantina pelajar. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi berdasarkan faktor jantina. Dapatan kajian ini menyokong teori bahawa semakin tinggi tahap daya tahan pelajar, semakin tinggi tahap motivasi mereka. Dapatan kajian ini wajar diambil serius oleh semua pihak khususnya IPT dalam usaha memastikan daya tahan dan motivasi pelajar sentiasa meningkat agar mereka tetap bersemangat menjalani pembelajaran secara dalam talian. Pihak bertanggungjawab juga perlu berganding bahu merangka inisiatif terbaik bagi memberikan sokongan yang sewajarnya kepada pelajar.
Downloads
References
Aisyah Sjahrony, Maimum Aqsha Lubis, Harun Baharudin & Mohd Sham Kamis. (2017). Kepentingan Pembelajaran Motivasi Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar IPTA dari Perspektif Sorotan Kajian. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization,1(2), 102-112.
American Psychological Association. (2014). The road to resilience. Washington, DC: American Psychological Association http://www.apa.org/helpcenter/road-resilience.aspx.
Barbara, R. (2018). The relationship between resilience and motivation: Concepts, Research and Outcomes. Resilience in aging, 221-224.
Benson, P.L. (2002). Adolescent development in sosial and comunity context: A program of research. New Directions For Youth Development, 95.
Burcu, K. & Derya, C. (2020). Psychological Resilience and Depression During the Covid-19 Pandemic in Turkey. Psychiatria Danubina, 32(2), 273-279.
Chua, Y. P. (2014). Kaedah Penyelidikan Edisi Ketiga. Selangor: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Creswell, J. W. (2015). Educational Research Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Fourth edition. Boston: Pearson Education, Inc.
Harsela, K., & Asih, E. C. (2020). The level of mathematical resilience and mathematical problem-solving abilities of 11th grades sciences students in a senior high school. Journal of Physics Conference Series, 1521(032053).
Ida Faridah, Febi Ratna Sari, Tri Wahyuningsih, Fitri Putri Oganda & Untung Rahardja. (2020). Effect Digital Learning On Student Motivation During Covid-19. The 8th International Conference on Cyber and IT Service Management On Virtual.
Irmohizam Ibrahim & Muhammad Hussin. (2016). Tahap Daya Tahan Dalam Kalangan Pelajar IPTA di Malaysia dan di Luar Negara. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1), 75-85.
Kamaruddin Hussin. (1993). Pengajaran lisan: Kemahiran mendengar dan bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Krajcie & Morgan. (1970). Determining Sampel Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607–610.
Letchumanan Shanmugam, Siti Fatimah Yassin & Fariza Khalid. (2019). Enhancing Students’ Motivation to Learn Computational Thinking through Mobile Application Development Module (M-CT). International Journal of Engineering and Advanced Technology, 8(5), 1293-1303.
Martin, A. J. (2002). Motivation and academic resilience: Developing a model of student enhancement. Australian Journal of Education, 46, 34-49.
Masron Mensih, Fauziah Ibrahim & Nazirah Hassan. (2021). Hubungan antara motivasi pencapaian, kecerdasan emosi dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial. Journal of Social Sciences and Humanities, 18(1), 37-48.
Mc Dermott, E. R., Donlan, A. E., Anderson, S., & Zaff, J.F. (2017). Self control and adolescent internalizing and externalizing problems: Neighborhood-based differences. Journal of Community Psychology, 45(3), 297-314.
Mohd Taufiq Syakirin. (2021). Tahap motivasi intrinsik dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran kimia topik gas berasaskan permainan ‘Jejak Rembo’. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 12, 117-144.
Molly, C. D., Heather, M. K., Blaine, L. B. & Steven, J. K. (2020). Assesing motivation and learning strategy usage by dually enrolled students. Smart Learning Environments Springer Open Journal, 7(22), 1-19.
Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Zaini & Nur Hafizaliyana Hassan. (2020). Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik Covid-19. Jurnal Kesidang, 5, 88-99.
Munirah Salleh, Mohd Faisal Jamaludin, Nor Syaheeda Mohd Safie & Julia Mohd Yusof. (2021). Tinjauan keberkesanan pembelajaran secara dalam talian ketika pandemik Covid-19: Perspektif pelajar Sains Kejuteraan Politeknik Ibrahim Sultan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 374-384.
Norasmah Othman. (2017). Daya tahan pelajar universiti awam dan swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 77-86.
Norfadilah Mat & Siti Mistima Maat. (2020). Faktor dan Implikasi Daya Tahan dalam Pembelajaran Matematik: Sorotan Literatur Bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(12), 90-105.
Nur Afiqah Ab Latif & Che Nooryohana Zulkifli. (2020). Peer-tutoring: An approach to enhance students’ motivation to learn English. Sains Insani, 5(2), 25-31.
Pintrich, P. R., Smith, D. A. F., Garcia, T., & McKeachie, W. J. (1991). A manual for the use of the Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ). Ann Arbor: National Center for Research to Improve Postsecondary Teaching and Learning, The University of Michigan.
Richardson, G. E. (2002). The metatheory of resilience and resiliency. Journal of Clinical Psychology, 58(3), 307–321.
Rios, T. (2019). The relationship between students’personalities and their perception of online course experiences. Journal of Educators Offline, 16(1), 1-11.
Rocio, G. M., Antonio, Z., Paula, R. G. & Rocio, G. (2018). Optimism and resilience among university students. Asociacion INFAD.
Rosmilawati Ab Rahman, Raja Ahmad Syawal Raja Musa & Mohd Sahril Mohd Fouzi. (2020). Kesediaan dan motivasi pelajar Kolej Komuniti Negeri Perak untuk menghadapi norma bahari sewaktu pandemik coronavirus disease (COVID-19): Pembelajaran secara atas talian. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1), 28-40.
Sah Alam, S. N., Hassan, M.S.,Sultan Mohideen R.,Ramlan, A.F., & Mohd Kamal, R. (2020). Online distance learning readiness durinh covid-19 outbreak among undergraduate students. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 10(5), 642-657.
Sallehudin, N.N. & Zakaria, E. (2017). Sikap dan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan.
Scott Compton, Shiva Sarraf-Yazdi, Felicia Rustandy & Lalit Kumar Radha Krishna. (2020). Medical students preference for returning to the clinical setting during the Covid-19 pandemic. Medical Education, 1-8.
Shakir, h.J. Cappuzzo, J.M., Shallwani, H.,Kwasnicki, A., Bullis, C., Wang, J. Hess, R.M. & Levy, E.I. (2020). Relationship of grit and resilience to burnout among U.S neurosurgery residents. World Neurosurgery, 134, 224-236.
Sharifah Akmam Syed Zakaria. (2005). Panduan dan Strategi Motivasi Diri. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Sobiroh Muhamad Puzi & Rosliza Ahmad. (2020). Resiliensi, Religiosti dan depresi dalam kalangan mahasiswa muslim: Satu tinjauan di universiti tempatan. Jurnal Pembangunan Sosial, 23, 1-23.
Wagnild, G.M. & Young, H.M. (1993). Development and Psychometric Evaluation of Resilience Scale. Journal of Nursing Measurement, 1(2):165-178.
Wan Naliza Wan Jaafar & Siti Mistima Maat. 2020. Hubungan antara motivasi dengan pencapaian matematik dalam kalangan murid sekolah luar bandar. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 10(1), 39-48.
Warren, J.M. & Hale, R.W. (2020). Predicting Grit and Resilience: Exploring College Students’ Academic Rational Beliefs. Journal of College Counseling.
Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134, 408-415.