Tahap Burnout dalam kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah
Abstract
Profesion keguruan merupakan salah satu daripada sektor sumber manusia dan perkhidmatan awam yang sangat mencabar. Selari dengan perkembangan sistem pendidikan dunia, kerjaya guru juga semakin mencabar. Bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru semakin bertambah. Keletihan serta kelesuan yang berlebihan akibat daripada tuntutan bebanan kerja meningkatkan kebarangkalian wujudnya gejala burnout dalam kalangan guru. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap burnout dalam kalangan guru Matematik sekolah rendah serta hubungannya dengan faktor tekanan kerja yang dihadapi oleh para guru. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini. Seramai 51 orang guru Matematik yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada Maslach Burnout Index (MBI) dan soal selidik faktor tekanan kerja. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 23.0. Analisis yang digunakan ialah analisis deskriptif dan analisis inferensi yang melibatkan ujian ANOVA serta Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap burnout dalam kalangan guru Matematik berada pada tahap yang sederhana rendah dan tidak dipengaruhi oleh umur. Selain itu, terdapat hubungan positif signifikan yang sederhana antara tahap burnout dan faktor tekanan kerja dalam kalangan guru Matematik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap burnout guru matematik masih berada pada tahap yang terkawal. Namun pihak sekolah dicadangkan agar dapat merangka tindakan yang lebih proaktif bagi membendung gejala burnout dalam kalangan guru dari terus meningkat.
Downloads
References
Ahmad Fuad, N. I., & Siti Mistima, M. (2020). Sorotan Literatur Bersistematik: Faktor Stres dalam kalangan Guru Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 167–173. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.554
Ajang, L., & Abu Bakar, K. (2019). Burnout Among Early Childhood Education Teachers: Causes and Implications. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 359–372. https://doi.org/10.35631/ijepc.4310031
Antin, A., Ag. Kiflee, D. N., Taat, M. S., & Talip, R. (2020). Pengaruh Motivasi Kerja Intrinsik dan Ekstrinsik Terhadap Keefisienan Kerja Guru Sekolah Menengah di Negeri Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 241–249.
Bottiania, J. H., Durana, C. A. K., Pas, E. T., & Bradshaw, C. P. (2019). Teacher stress and burnout in urban middle schools: Associations with job demands, resources, and effective classroom practices. Journal of School Psychology, 77, 36–51. https://doi.org/https://doi.org/10.1016/j.jsp.2019.10.002
Che Azizan, S. N., & Nasri, N. M. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-19 Teacher ’ s View on online Learning through Home Based Learning approach ( HBL ) during the COVID-19 Pendemic period. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 6812, 46–57.
Golrang, B. M. (2018). Mixed-Method Evaluation of Watershed Management. Springer Nature.
Haroon, D. (2017). Python Machine Learning Case Studies. Python Machine Learning Case Studies. Apress Media. https://doi.org/10.1007/978-1-4842-2823-4
Hassan, M., & Abu, M. M. (2013). Iklim Kerja dan Tahap Burnout guru-guru Pendidikan Jasmani Sekolah Menengah Daerah Kuala Kangsar. Journal of Chemical Information and Modeling.
Hong, O. C., & Ismail, A. (2015). Sokongan Pihak Pengurusan Sekolah Terhadap Tekanan Kerja Guru di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 42–57.
Hua, A. K. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan : Satu Kajian Kes Abstrak Introduction to Metodology Framework in Research Study : A Case Study Abstract Pengenalan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1(2), 17–24. https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/8
Ishak, A. H. (2015). Burnout dan Tekanan Kerja di Kalangan Guru: Satu Kajian Terhadap Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jose, S. A., & Mohd Matore, M. E. @ E. (2021). Tinjauan Literatur Bersistematik: Faktor Burnout dalam kalangan Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 168–186. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i1.628
Kamarudin, S., & Taat, M. S. (2020). Pengaruh Faktor-faktor Tekanan Kerja dalam kalangan Guru di Sekolah Menengah: Satu Analisis Persamaan Struktur (SEM-PLS). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 104–115. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.544
Kidger, J., Brockman, R., Tilling, K., Campbell, R., Ford, T., Araya, R., King, M., & Gunnell, D. (2017). Teachers’ wellbeing and depressive symptoms, and associated risk factors: A large cross sectional study in English secondary schools. Journal of Affective Disorders, 192, 76–82. https://doi.org/10.1016/j.jad.2015.11.054
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational And Psychology Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/https://doi.org/10.1177/001316447003000308
Leong, S. Y., & Mohd Nordin, N. (2021). Hubungan Iklim Organisasi Sekolah dengan Burnout Guru Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 167–180. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.663
Mallow, M. S. (2016). Occupational Stress in Malaysia: Causes, Effects and Possible Solutions. Proceedings of SOCIOINT 2016 3rd International Conference on Education, Social Sciences and Humanities, May, 82–88.
Mohamad, N. (2015). Tekanan kerja dalam kalangan guru : Kajian di sebuah sekolah menengah Daerah Kluang Johor Darul Takzim. http://etd.uum.edu.my
Mohd Zawawi, N. I., Md Sham, F., & Ismail, A. (2019). Stress according to the western and Muslim scholars. International Journal of Islamic Thought, 16, 85–97. https://doi.org/10.24035/ijit.16.2019.008
Othman, Z., & Sivasubramaniam, V. (2019). Depression, Anciety and stress among secondary school teachers in Klang, Malaysia. International Medical Journal, 26(2), 71–74. http://eprints.usm.my/45290/
Rosnee Ahad, Mohamad Zaid Mustafa, Salina Supiyan, & Abdul Rasid Abdul Razzaq. (2019). Keberkesanan Penggunaan Petak Sifir dalam Penguasaan Fakta Asas Darab dalam Matematik Tahun 2. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, UTHM, 1–15.
Ruiter, J. A. d., Poorthuis, A. M. G., Aldrup, K., & Koomen, H. M. Y. (2020). Teachers’ emotional experiences in response to daily events with individual students varying in perceived past disruptive behavior. Journal of School Psychology, 82(September), 85–102. https://doi.org/10.1016/j.jsp.2020.08.005
Saiful Hizan, N. S., & Rodzalan, S. A. (2020). Hubungan antara Pengurusan Masa dengan Tekanan Kerja dalam kalangan Guru Sekolah Menengah di Melaka. 1(1), 92–103.
Samsudin, M. S., & Wan Sulaiman, W. S. (2019). Hubungan Antara Tingkah Laku Interpersonal Guru, Kepuasan Kerja dan Kecenderungan Burnout Guru-Guru Tingkatan Enam di Perlis. E-Jurnal Manajemen Universitas Udayana, 4(3), 1–21.
Schober, P., & Schwarte, L. A. (2018). Correlation coefficients: Appropriate use and interpretation. Anesthesia and Analgesia, 126(5), 1763–1768. https://doi.org/10.1213/ANE.0000000000002864
Seibt, R., & Kreuzfeld, S. (2021). Influence of work-related and personal characteristics on the burnout risk among full-and part-time teachers. International Journal of Environmental Research and Public Health, 18(4), 1–17. https://doi.org/10.3390/ijerph18041535
Shaari Jamil, Syahril Izwan Abdul Yamin, & Ahmad Mohd Izham. (2021). Impak Penggunaan Aplikasi Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Politeknik Dalam Kursus Electrical Technologi. Anp Journal of Social Science and Humanities, 2(2), 30–34. https://arsvot.org/index.php/anp-jssh/article/view/46
Sharma, M., & Joshi, S. (2020). Analytics in healthcare: a practical introduction. Asia Pacific Business Review, 26(4). https://doi.org/10.1080/13602381.2019.1692569
Veloo, A., & Raman, A. (2017). Kaedah Analisis & Interpretasi Data (UUM Press) (5th Editio). UUM Press.
Verma, J. P., & Abdel-Salam, A. S. G. (2019). Testing statistical assumptions in research. Testing Statistical Assumptions in Research. https://doi.org/10.1002/9781119528388
Yahya, N., Ishak, H. S., Rahim, N. A., & Usuldin, H. S. (2020). Kesejahteraan Psikologi Dan Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Dalam Kalangan Guru di Kementerian Pendidikan Malaysia. Jurnal Psikologi Dan Kaunseling, 11(1), 1–32.
Zhang, L., Zhao, J., Xiao, H., Zheng, H., Xiao, Y., Chen, M., & Chen, D. (2014). Mental health and burnout in primary and secondary school teachers in the remote mountain areas of Guangdong Province in the People’s Republic of China. Neuropsychiatric Disease and Treatment, 10, 123–130. https://doi.org/10.2147/NDT.S56020