Hubungan Personaliti Dengan Minat Kerjaya dalam kalangan Penagih Dadah di Sabah

  • Julianah Saguni Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Norzihan Ayub Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Puteri Hayati Megat Ahmad Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Guan Teik Ee Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: personaliti, introvert, ekstrovert, kerjaya

Abstract

Isu pengangguran terutama dalam kalangan bekas penagih yang telah menjalani rawatan kepulihan menjadi satu sebab kejatuhan semula (relaps). Maka, kertas kerja ini bertujuan menyingkap dan membincangkan sejauhmana wujud hubungan antara personaliti introvert dan ekstrovert dengan minat kerjaya berdasarkan enam bidang utama kerjaya RIASEC dalam kalangan penagih dadah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan personaliti introvert dan ekstrovert dengan minat kerjaya dalam kalangan penagih dadah di Sabah. Kebanyakkan klien di pusat-pusat rawatan tidak mempunyai pengetahuan tentang personaliti masing-masing dalam perkembangan kerjaya mereka lebih-lebih lagi setelah keluar daripada pusat rawatan sehingga menyebabkan berlakunya relaps akibat ketiadaan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka. Perkara ini dianggap serius kerana ketidakstabilan ekonomi dan hidup adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan berlakunya relaps dalam kalangan penagih di Sabah khususnya. Pemilihan pekerjaan atau kerjaya adalah merupakan salah satu daripada permasalahan besar yang sering dikemukakan oleh seseorang individu dalam kehidupannya. Perkara ini menunjukkan bahawa pemilihan kerjaya mestilah dibuat secara berhati-hati. Proses kerjaya juga merupakan satu proses yang berterusan di mana individu melibatkan diri dalam satu siri pekerjaan yang boleh membantu kepada perkembangan diri terutamanya dalam bidang pekerjaan yang diceburi. Diharap kajian ini dapat memberi impak dan maklumat berguna kepada pihak kepulihan penagihan dadah dengan penerapan bimbingan kerjaya kepada klien pusat khususnya sekaligus membantu klien membuat pilihan kerjaya yang sesuai kelak.

Statistics
Abstract views: 853 , PDF downloads: 6136

Downloads

Download data is not yet available.

References

Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ananda Kumar Palaniappan. (2006). Kreativiti dan Pembangunan Kerjaya Abad ke21. Dalam Abdul Rahim Abdul Rashid, Sufean Hussin dan Abd. Jalil Othman(eds.). Hala Tuju    Pengurusan: Sumber Manusia dan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd., hlm 115-128.

Burger. J.M. (1993). Personality (3rd ed.). United States of Amerika : Brooks/Cole Publishing Company.

Che Mat (2012). Kursus Kepimpinan Profesional. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Che Din, M. F.( 2002). Pengantar Bimbingan Dan Kaunseling. Universiti Teknologi Malaysia.

Hampson. S. L. & Colman. A. M. (1995). Individual Differences and personality. New York: Longman Publishing.

Holland. J. L. (1973). Making Vocational Choices : A Theory of Careers. New Jersey : Eaglewood Cliffs, Printice-hall Inc.

Holland. J. L. (1985). Making Vocational Choices : A Theory of vocationals Personalities and Work enviroments. New Jersey : Eaglewood Cliffs, Printice-hall Inc.

Holland, J.L. (1997). Making Vocational Choices : A Theory of vocationals Personalities and Work Enviroments (3rd ed.). Odessa, Florida: Psychological Assessment Resources.

Mok Soon Sang. (2011). Ujian Sahsiah, Minat Kerjaya dan Panduan Temuduga : Untuk Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam DG 41 dan Pegawai Tadbir Diplomatik. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

M. Noah, S. (1998). Pengujian Dalam Psikologi Dan Kaunseling. UPM. Serdang

M. Yatim, A. A. (1991). Kesesuaian Kerjaya : Satu Kajian Di Kalangan Pelajar Bachelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) dan Bachelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) di UPM Berdasarkan Teori Holland. Latihan Ilmiah. UPM : Serdang

Mohd. Zahari Yusof. (1997). Kesesuaian Pemilihan Kerjaya Berdasarkan Teori Holland: Satu Kajian di Modenas Gurun, Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana Sains Pengurusan. Universiti Utara Malaysia.

Minhat, N. (2004). Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Pelajar Aliran Perdagangan Sekolah Menengah Teknik : Satu Kajian Kes. UTHM : Tesis Sarjana.

Mischel. W. (1999). Introductory to Personality (6th ed). Florida : Harcout Brace College           Pub.

Nagarajan, C., Mahadi Nordin, Mohamed Roduan Ujang, Panting Belabau, Kwan, K.C. & Oon, B.L. (1992). Personaliti Pelajar-pelajar yang dipilih untuk mengikuti Kursus Perguruan di Maktab Perguruan Rajang : Satu Tinjauan berdasarkan Teori Tipologi Holland. Jabatan Pendidikan. Jurnal Maktab Perguruan Rajang: 1-36

Najmuddin, H. (2005). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan dan Kerjaya. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Nasir, R. (2008). Kaunseling Kerjaya: Anjakan daripada Konvensionalisme. Bangi, Selangor: Penerbit UKM.

Sidek Mohd Noah. (2006). Perkembangan kerjaya: Teori dan praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd. Noah. (2005). Pengujian dan Penilaian Kaunseling: Teori dan Aplikasi. Serdang :Universiti Putra Malaysia.

Super, D.E. (1972). The Psychology Of Career. New York: Harper and Row

Wood. E.R. G. & Wood. S. (1993). The World of Psychology. Boston : Allyn and Bacon, Inc.
Published
2018-06-28
How to Cite
Saguni, J., Ayub, N., Megat Ahmad, P. H. and Teik Ee, G. (2018) “Hubungan Personaliti Dengan Minat Kerjaya dalam kalangan Penagih Dadah di Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(3), pp. 31 - 37. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i3.108.
Section
Articles