Sarawak dan Federalisme Di Bawah Kepimpinan Adenan Satem, 2014-2017
Abstract
Artikel ini meneliti perubahan dalam amalan federalisme di Malaysia dengan merujuk kepada Sarawak di bawah pentadbiran Adenan Satem (2014-2017) sebagai rujukan utama. Penelitian ini dibuat dengan membuat analisa terhadap tuntutan autonomi dan pengembalian semula hak-hak negeri Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Artikel ini juga menilai respons kerajaan persekutuan terhadap perjuangan MA63 negeri Sarawak dan implikasi tindakan negeri terhadap hubungan persekutuan-negeri. Artikel ini adalah bersifat kualitatif sepenuhnya. Ia menggunakan gabungan kaedah kajian desktop, arkib dan perpustakaan secara intensif untuk mendapatkan data yang sedia ada. Temu bual mendalam juga dilaksanakan dengan individu-individu tertentu yang mempunyai pengetahuan tentang topik kajian. Dapatan penting kajian dapat dirumuskan seperti berikut: 1) impak tuntutan MA63 Sarawak di bawah Adenan adalah lebih mendalam ekoran daripada kejayaan tindakan populis beliau, prestasi elektoral beliau yang mengagumkan dan pendekatan pragmatik kepimpinan negeri di dalam menguruskan hubungan persekutuan-negeri 2) kerajaan persekutuan memilih untuk memberi respon secara progresif berbanding regresif kepada tuntutan Sarawak kerana Sarawak memiliki pengaruh untuk mengimbangi kuasa politik yang memanfaatkan kerajaan persekutuan 3) terakhir, perubahan dalam sistem federalisme Malaysia sepanjang tahun 2014-2017 memperlihatkan desentralisasi fungsi-fungsi administratif dan pemerkasaan Sarawak dalam pembuatan keputusan.
Downloads
References
Adam, R. (2009). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chin, J. (2004). Sabah and Sarawak: The More Things Change The More They Remain The Same.
Southeast Asian Affairs, 156-168.
Chin, J. (2019). The 1963 Malaysia Agreement (MA63): Sabah and Sarawak and the Politics of Historical Grievances. In S. Lemiere (Ed.), Minorities Matter: Malaysian Politics and People (pp. 75-92). ISEAS-Yusuf Ishak Institute.
Elazar, D.J. (1987). Exploring Federalism. University of Alabama Press.
Faruqi, S.S (2012). The Bedrock of Our Nation: Our Constitution. Zubedy Ideahouse Sdn.Bhd.
Harding, A. & Chin, J. (2014). 50 Years of Malaysia. Marshall Cavendish.
Hazis, F.S. & Kadam-Kiai, S. B. (2013). Politics and Local Government in Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak.
Kalimuthu, K.R (1986). The Sabah State Elections of April 1985. Asian Survey, 26(7), 815–837.
Leigh, M. (2018). The Rising Moon: Political Change in Sarawak 1959-1972. Strategic Information and Research Development Centre.
Leigh, M. (2018). Deals, Datus and Dayaks: Sarawak and Brunei in the Making of Malaysia. Strategic Information and Research Development Centre.
Means, G.P. (1968). Eastern Malaysia: The Politics of Federalism. University of California Press.
Neilson, I.M. (2017). Realignment of State-Centre Relations: The Adenan Factor in Sarawak. Southeast Asians Affairs, 221-231.
Oswald, K. (2017). Federalism without Decentralization: Power Consolidation in Malaysia. Journal of Southeast Asian Economies, 34(3), 488-506.
Ritchie, J. (1987). Sarawak: A Gentleman’s Victory for Taib Mahmud. Selangor: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (2021). Laporan Keputusan Akhir Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sarawak tahun 2011 dan 2016 (https://www.spr.gov.my/ms/keputusan-pilihan-raya, diambil pada September 3, 2021)
Tarlton, C. (1965). Symmetry and Asymmetry as Elements of Federalism: A Theoretical
Speculation. The Journal of Politics, 27(4), 861-874.
Woon, W. (2012). Single Party Dominance in Sarawak and the Prospects for Chance. Contemporary Southeast Asia, 34(2), 274-295.
Yusof, M.A dan Agustino, L. (2011). Federalisme di Malaysia: Potret Hubungan Pusat
Daerah. Analisis CSIS, 40(2), 193-216.
Yusoff, M.A. (2001). Sabah Politics under Pairin. Journal of Southeast Asian Studies, 6, 29-48.